ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 02, 2024

BERKONGSI BANTU ANAK PENDERITA POLIO

RM180 / 6.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu Edi penderita polio, gizi buruk dan penyakit lainnya agar bisa kembali pulih seperti anak anak lain.


Edi, seorang kanak-kanak yang lahir dalam penuh cabaran, kini sedang berjuang melawan polio. Ketika ibunya mengandung, mereka hidup dalam serba kekurangan. Ketiadaan sumber ekonomi yang mencukupi menyebabkan ibunya tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya, dan keadaan ini hampir menghalang Edi untuk dilahirkan dengan sempurna.



Pada usia setahun, Edi disahkan menghidap polio. Malangnya, keluarganya tidak mampu menyediakan rawatan yang mencukupi, dan Edi kini mengalami kelumpuhan.



Kisah Edi bukanlah satu-satunya. Di luar sana, ramai lagi anak-anak yang terpaksa menanggung penderitaan akibat penyakit seperti gizi buruk, polio, dan pelbagai penyakit lain kerana tekanan ekonomi yang menghimpit. Tanpa bantuan, mereka tidak dapat memperoleh rawatan yang sewajarnya, apatah lagi makanan bernutrisi untuk menyokong tumbesaran mereka.


"Perumpamaan orang yang beriman dalam kasih sayang, tolong-menolong, dan rasa simpati antara sesama mereka adalah seperti satu tubuh; jika satu bahagian sakit, seluruh tubuh akan turut merasa sakit." (HR. Muslim)



ASAR Humanity menyeru anda semua untuk bersama-sama membantu anak-anak seperti Edi dan kanak-kanak lain yang memerlukan. Donasi yang terkumpul akan digunakan untuk menyediakan makanan sihat, nutrisi yang mencukupi, dan menampung keperluan harian mereka yang kurang berkemampuan.


Setiap sumbangan anda adalah sinar harapan bagi mereka yang sedang berjuang untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera. Semoga setiap amal yang anda hulurkan diberkati dan dilipatgandakan oleh Allah SWT. Jom, bersama kita bantu mereka untuk hidup lebih baik dan sihat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 06, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 05, 2024

MOHD SAIFUDIN MOHD ARIF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2024

Kempen Sumbangan Tamat