SUMBANGAN JARIAH BANTUAN AKTIVITI DAN BAHAN PEMBELAJARAN

RM2,710 / 36.13 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,500

136 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTUAN AKTIVITI DAN BAHAN PEMBELAJARAN BAGI PARA PELAJAR DAN PUSAT PENGAJIAN SERTA KELAB PERTUBUHAN. SEMOGA MANFAATNYA BERTERUSAN TANPA HENTI, IN SHAA ALLAH.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pendidikan merupakan teras tunjang kepada sesebuah masyarakat dan terhadap kestabilan negara secara langsung. Namun begitu, tekanan arus pembangunan menyebabkan kadar kos pembelajaran dan pendidikan di negara kita semakin meningkat. Terutamanya bagi institusi pendidikan swasta seperti Pusat Tahfiz, Madrasah Pengajian Agama, Sekolah Rendah Islam dan yang seangkatan dengannya.



“Berat Sama Dipukul, Ringan Sama Dijinjing”


Peribahasa ini bertepatan dengan usaha yang ingin dijalankan oleh pihak persatuan dalam membantu meringankan bebanan pusat pengajian swasta ini. Ini dapat dilaksanakan melalui kempen Sumbangan Jariah Bantuan Aktiviti dan Bahan Pembelajaran yang dilancarkan oleh pihak persatuan. Melalui sumbangan para dermawan sekalian. Kos pendidikan dan pembelajaran akan dapat dikurangkan dengan menyumbang kepada:                        

1. Bahan bantu mengajar

2. Alatan dan perkakas para pelajar

3. Kelengkapan pengajaran dan pembelajaran sekolah

4. Alatan aktiviti seperti memanah dan lain-lain




Pihak Persatuan menyeru para masyarakat yang dermawan sekalian untuk bersama-sama dengan kami dalam membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh pusat pengajian dengan menghulurkan sedikit bantuan sumbangan dalam membantu para pelajar itu sendiri mendapatkan pendidikan yang diperlukan.



Firman Allah SWT :


“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad." (Hadith Riwayat Al-Bukhari & Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 23, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 20, 2023

MUHAMMAD AIZAT

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat