Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM580 / 11.60 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
26 Penyumbang
44 Baki Hari
Kedatangan pasukan ASAR Humanity ke Rumah Anak Yatim Asal Mula Jati disambut dengan penuh kegembiraan oleh anak-anak di sana. Dari raut wajah mereka, jelas terlihat harapan untuk kehidupan yang lebih baik.
"Barang siapa yang menghilangkan kesusahan seorang mukmin dari kesusahan dunia, maka Allah akan menghilangkan kesusahannya dari kesusahan hari kiamat..." (HR. Muslim)

Di rumah anak yatim ini, bukan sahaja anak yatim yang diasuh, tetapi juga anak-anak terbiar yang tidak mempunyai keluarga untuk menjaga mereka. Pada masa ini, terdapat 47 orang anak yang menetap di sini, terdiri daripada 33 orang anak lelaki dan 14 orang anak perempuan, yang dijaga oleh 4 orang pengasuh dengan penuh kasih sayang.


Namun, mereka masih menghadapi banyak cabaran, antaranya:
1. Kekurangan makanan berkhasiat untuk keperluan harian anak-anak
2. Kekurangan kelengkapan tidur seperti tilam dan bantal yang selesa
3. Kos pengangkutan ke sekolah yang perlu dibayar setiap hari kerana mereka belajar di sekolah awam

"Nama saya Rizki. Saya mahu menjadi polis. Ayah saya sudah meninggal dunia. Ibu saya tidak mampu menyara saya."
Seperti Rizki, ramai lagi anak-anak di sini yang mempunyai impian besar, tetapi mereka memerlukan sokongan kita. Jangan biarkan impian mereka terkubur hanya kerana mereka tiada keluarga untuk menyokong mereka.

Anda boleh membantu dengan memberikan makanan berkhasiat agar mereka dapat membesar dengan sihat dan kuat. Selain itu, menyokong pendidikan mereka supaya mereka mendapat masa depan yang cerah. Mari bersama-sama menjadi keluarga bagi mereka yang telah kehilangan keluarga mereka. Jadilah sebahagian daripada harapan mereka dengan menyumbang sekarang.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Assalamualaikum Tuan dan Puan Penderma yang budiman,
Alhamdulillah, dengan izin Allah dan sokongan ikhlas daripada tuan dan puan semua, Ramadan tahun ini ASAR Humanity telah berjaya menyampaikan kebaikan kepada 150,720 penerima manfaat melalui 470 tindakan kemanusiaan di 4 buah negara.
Ini bukan sekadar angka. Ini adalah bukti bahawa apabila kita saling berkongsi, walaupun sedikit, kita mampu menyelesaikan lebih banyak masalah dan membawa sinar harapan kepada mereka yang memerlukan.

Melalui sumbangan tuan dan puan:
- Anak-anak dapat membina impian mereka
- Pelajar mendapat akses pendidikan yang lebih baik
- Warga emas kembali tersenyum dan merasa dihargai

Kita sedang menyentuh kehidupan, satu persatu.
Kita sedang membina dunia yang lebih penyayang dan penuh rahmat.
Terima kasih atas kebaikan hati tuan dan puan.
Semoga Allah membalas setiap amal dengan ganjaran yang berlipat kali ganda, melapangkan rezeki dan memberkati kehidupan.
#ASARHumanity #RamadanPenuhMakna #BerkongsiRezeki #KebaikanTanpaBatas
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 02, 2025
SAIFULHAFIZAM BIN ALIAS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2025