Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM2,471 / 2.47 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000
104 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Penutupan sekolah dan pusat pengajian tinggi yang dilanjutkan selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi cabaran baharu kepada warga pendidik untuk memastikan pelajar mereka terus dapat belajar. Para guru dan pensyarah turut memanfaatkan media sosial seperti whatsapp dan telegram dengan sebaik-baiknya untuk menyampaikan pelbagai maklumat, arahan dan latihan. Semuanya ini untuk memastikan pembelajaran pelajar tetap lancar walaupun mereka tidak berada di dalam kelas dan bilik kuliah. Ibu bapa pula resah memikirkan anak-anak tercicir di dalam pelajaran tetapi malangnya tidak dapat menyediakan kemudahan bagi pembelajaran dalam talian lantaran kesukaran kehidupan.
Jangankan kemampuan untuk membeli data, kemampuan untuk membeli barangan makanan pun ada keluarga yang menghadapi kesukaran sekarang ini. Wujud jurang digital yang ketara dalam pengajaran atas talian antara yang berkemampuan dengan yang tidak berkemampuan. Terpanggil denagn permasalahan ini, Yayasan Pendidikan Malaysia melancarkan satu kempen KUTIPAN BAGI PEMBELIAN KEMUDAHAN PEMBELAJARAN ATAS TALIAN KEPADA ANAK-ANAK ASNAF/B40 bagi membantu mereka yang menghadapi kesukaran ini kerana kami di YPM pasti setiaqp anak ini berpotensi dan boleh melakukan jika mendpata peluang yang sebaiknya.
YPM mensasarkan 200 orang pelajar dapat manfaat dari kempen kutipan ini dan diharapkan sambutan yang menggalakkan dari penyumbang-penyumbang dan boleh YPM dapat menambah bilangan pelajar untuk dibantu.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 09, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 09, 2021
AZMI
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 09, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 09, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 09, 2021