Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN USAHAWAN WANITA DAN KEUSAHAWAN AGRO
Dimulakan pada Feb 28, 2022
RM27,500 / 27.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000
943 Penyumbang
Kempen Berakhir!
PANTAI TIMUR BERDUKA
Jom kita bantu mereka yang memerlukan. Begitu sedih melihat keadaan di beberapa kawasan di Pantai Timur yang sedang dilanda gelombang baharu banjir yang menyebabkan jumlah mangsa semakin ramai.
Sama - sama kita membantu meringankan bebanan mereka. Yang kurang kita cuba tambahkan, yang rosak kita cuba betulkan. Hulurkanlah sumbangan anda bagi mengukir senyuman dan menzahirkan keprihatinan juga kasih sayang anda. Sumbangan ikhlas anda begitu bermakna. Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan balasan yang terbaik. InsyaAllah.
Sasaran agihan bantuan kami pada kali ini adalah kepada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan kepada penduduk yang terputus bekalan makanan sepanjang bencana banjir ini berlaku. Antara agihan bantuan yang akan diberikan kepada mereka ini adalah:
1. Makanan ready to eat (RTE)
2. Kelengkapan solat & pakaian
3. Kelengkapan kesihatan & kebersihan
4. Kelengkapan bayi
5. Barang-barang keperluan semasa
6. Ubat-ubatan
Pihak kami juga akan bekerjasama dengan pasukan sukarelawan yang berada di (PPS) untuk memberikan rekod mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Persiapan ini adalah perlu supaya agihan secara terus dapat dijalankan tiada masalah kekurangan bantuan semasa di sana.
Kami yakin bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang bangsa dan agama, ini telah menunjukkan solidariti dan semangat muhibah yang tinggi dengan saling membantu meringankan beban golongan terkesan akibat banjir. Perkara itu bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Perumpamaan orang Mukmin dalam berkasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan maka seluruh badan akan merasakan panas dan demam." Riwayat Muslim
Marilah kita berdoa agar dikurniakan kecekalan dan ketabahan kepada semua yang ditimpa musibah serta diberikan nikmat yang lebih baik kepada mereka sebagaimana hadis daripada Ummi Salamah, katanya,
"Rasulullah SAW bersabda bermaksud, Jika ada di antara kalian tertimpa musibah, hendaklah dia berkata: Maksudnya: "Sesungguhnya kami milik Allah dan sesunguhnya kami akan kembali kepada-Nya. Ya Allah aku hanya menghitung pahala musibah ini di sisi-Mu maka berikanlah kepadaku pahala itu dan gantikanlah aku dengan sesuatu yang lebih baik daripada musibah ini." Riwayat Abu Daud
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Beginilah keadaan di beberapa kawasan di Pantai Timur yang sedang dilanda gelombang baharu banjir yang menyebabkan jumlah mangsa semakin ramai.
SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI
Jumlah: 6
NOORUL AIN BINTI RAHMAN(SABRI GODOH)
Jumlah: 1
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2022
NURFADHILAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 11, 2022