ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Dec 13, 2022

RAYUAN DERMA KILAT BANTUAN BANJIR

RM12,339 / 102.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM12,000

347 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini untuk merayu derma kilat bagi Iltizam Relief menggerakkan bantuan musibah banjir. Beberapa negeri sudah pun banjir. Ayuh kita hulurkan sedikit untuk ringankan beban mereka yang terkesan.


Amaran demi amaran telah dikeluarkan oleh Jabatan Mateorologi Malaysia mengenai keadaan cuaca yang tidak menentu termasuk amaran banjir. Beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor telah pun dilaporkan banjir.




Iltizam Relief Society bersiap siaga peringkat terakhir dan akan menggerakkan bantuan bila-bila masa sahaja. Tahun ini Iltizam Relief bersama rakan-rakan NGO yang lain juga sudah bersiap siaga menghadapi apa sahaja kemungkinan banjir besar di Lembah Klang. Buat masa ini, kami telah pun menyediakan kit kebersihan (hygiene kit), baldi dan air mineral untuk 500 orang, dengan dana yang ada. Namun, dana yang besar diperlukan untuk menggerakkan lebih banyak bantuan banjir termasuk pasca banjir.




Antara bentuk bantuan ketika banjir ialah kit kebersihan (berus gigi, ubat gigi, tuala, baldi, sabun) dan air mineral, snek pek (makanan ringan seperti roti kering, kopi segera dll) serta makanan siap dimasak. Antara bentuk bantuan pasca banjir ialah bantuan dapur gas, tilam, toto, bantal, selimut dan barang makanan (kering). Ketika banjir hujung tahun 2021 dan awal tahun 2022, Iltizam Relief telah ke hadapan memainkan peranan besar membantu mangsa-mangsa banjir seperti berikut:


1) Selangor: Taman Sri Muda, Dengkil, Shah Alam dan Padang Jawa

2) Johor: Segamat

3) Pahang: Temerloh, Maran, Chenor

4) Terengganu: Kuala Telemung

5) Kelantan: Kuala Krai dan Rantau Panjang



Ini semua kami mampu lakukan kerana adanya sokongan dari rakyat Malaysia yang yakin dan percaya kepada Iltizam Relief. Oleh itu, kami merayu kepada semua pihak supaya menghulurkan sumbangan derma kilat bagi kami membantu mangsa banjir tahun 2022–2023 pula. Ayuh semua, RM10 anda hulurkan mampu membantu meringankan beban dan musibah yang menimpa rakyat Malaysia.







مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

(Surah Al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 08, 2023

MOHD NIZAR

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat