DERMA KILAT BANTUAN BANJIR BESAR

Dimulakan pada:
21 Dec, 2022
DERMA KILAT BANTUAN BANJIR BESAR
29.32%
RM2,932
/RM10,000
128
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Banjir di Pantai Timur dijangka semakin buruk, beribu-ribu mangsa dipindahkan dan mereka mengharapkan bantuan kita yang diberikan rezeki tidak terkena dengan musibah banjir ini. Ayuh, kita bantu!

Kali ini banjir besar kembali berlaku di Pantai Timur. Walaupun menepati ramalan, kita masih rasa terkejut, amat sayu dan terpanggil untuk membantu sedaya upaya. Tahun 2021 hingga awal 2022, ahli PERKIM BTP adalah antara rakyat Malaysia yang turun membantu semasa musibah banjir besar di Selangor, Johor dan Pahang. Salah satu faktor kami mampu menyumbang adalah kerana adanya sokongan anda semua melalui platform Sumbangan.com.

Menurut ramalan kaji cuaca, hujan lebat dijangka turun bermula 22 Disember 2022. Jika ini berlaku, situasi banjir akan bertambah buruk. Kita perlu bertindak, membantu mengurangkan beban mangsa yang terdiri dari saudara-saudara kita dan rakyat Malaysia.

Musibah ini sudah pun diketahui umum. Maka, dengan nama Allah, kami mohon derma kilat dari anda bagi PERKIM BTP sekali lagi membantu mangsa-mangsa banjir semampu mungkin. Jika kita tidak boleh bantu semua, kita bantu yang termampu. Ayuh Tuan/Puan, dermalah sekecil mana pun.

Antara gambar-gambar misi banjir tahun 2021 dan awal tahun 2022.

ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه

Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Riwayat Al-Bukhari)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

01 Jan 2023

https://youtu.be/IJWKljYdB7k

Alhamdulillah, terima kasih atas sumbangan anda.

27 Dec 2022

Alhamdulillah, 26 December 2022 sekali lagi PERKIM BTP telah menghantar sumbangan bantuan banjir. Kali ini kami menuju ke salah satu negeri di pantai timur iaitu Kelantan.

Di sini kami telah menuju ke beberapa tempat di sekitar Kelantan.

Tempat pertama, kami menuju ke Kampung Kok Kebik, Tumpat di mana sebanyak 20 set barang dapur diagihkan.

Tempat kedua, kami ke Kelaboran, Tumpat di mana sebanyak 13 set barang dapur diagihkan.

Tempat ketiga, kami ke Kijang Sebidang, Tumpat di mana sebanyak 50 set barang dapur diagihkan.

Tempat keempat dan terakhir, kami ke Jejawi, Pasir Mas di mana sebanyak 40 set barang dapur diagihkan.

Semoga usaha ini kami diberkati Allah SWT.

26 Dec 2022

26/12/2022, Tumpat, Kelantan.

Insya Allah, pagi ini sumbangan akan disampaikan kepada 100 mangsa banjir. Inilah yang termampu kami lakukan dengan dana yang ada. Apa pun sumbangan dari anda amat-amat membantu.

25 Dec 2022

25/12/2022,

Insya Allah, team PERKIM BTP dalam perjalanan ke Kelantan bagi misi bantuan untuk 100 keluarga dengan bantuan barang dapur dan makanan panas untuk 100 mangsa banjir. Doakan mereka dan sokonglah usaha kecil kami ini.

Beginilah keadaan banyak tempat di Tumpat, Pasir Mas, Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang, iaitu banjir termenung:

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jan 04, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 03, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 01, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 30, 2022

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

ZIARAH DAN SUMBANGAN SAHABAT OKU SEPANJANG RAMADAN DAN SYAWAL
Kempen Sumbangan Tamat