Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Jan 25, 2024

RAYUAN BANTUAN KECEMASAN PALESTIN

RM159,306

Telah terkumpul

4013 Penyumbang

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh saudaraku sekalian, doakan saudara kita di Palestin. Sebarkan dan bantu mereka seikhlasnya dengan sumbangan anda kepada tabung bantuan mangsa perang Palestin melalui sumbangan.com.


KEDURJANAAN ISRAEL YANG TERUS MEMBUNUH, MEMBUNUH DAN TERUS MEMBUNUH SAUDARA KITA!


Tentera zionis Israel melancarkan serangan demi serangan menyebabkan angka kematian dan kecederaan meningkat pantas di Gaza dan memerlukan simpati seluruh dunia Islam. Dengan angka kematian seramai 25,105 orang manakala lebih 62,681 orang telah mengalami kecederaan, kota Gaza seperti bermandikan darah. Lebih 100 hari pembunuhan beramai-ramai di gaza, bantuan dan doa kita adalah senjata mereka.


DAN BIAR GAMBAR-GAMBAR INI BERBICARA..




Tentera zionis Israel melancarkan serangan balas di kota Gaza menyasarkan bandar-bandar besar seperti Khan Younis dan Rafah. Tangisan mereka yang kehilangan keluarga dan perlindungan selepas dibedil tentera rejim zionis.






Tentera rejim zionis penakut untuk berhadapan dengan lelaki pejuang Palestin, jadi mereka mula mengebom kanak-kanak dan wanita di Gaza dengan pesawat perang.



Seorang bapa menangisi kematian anaknya yang syahid akibat serangan udara Israel ke atas kem Shati di Gaza.



Ibu ini memeluk erat bayinya yang telah syahid dan sudah tidak lagi bernyawa setelah rejim Zionis membedil di sekitar Khan Younis, selatan Gaza. Atas sebab ini, bantuan daripada anda sangat diperlukan. Ini bukan lagi perkara yang baru bagi kita, ayuh umat Islam, bantu mangsa peperangan dan kuatkan pejuang Islam ini berjuang dengan sumbangan ikhlas kita.



“INI JIHAD AKHIR ZAMAN!”


Sumbangan, doa dan suara andalah yang akan menguatkan mereka untuk terus bertahan menjaga al-Aqsa dan tanah Palestin.


“Ya Allah, hapuskan tentera Israel, merdekakan la bumi Palestin, bebaskan rakyatnya. Makbulkan doa mereka yang tertindas, tempatkan syurga sebagai ganjaran buat mereka (rakyat Palestin)”


"Dari Nu’man bin Basyir RA, Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mengasihi, mencintai, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga dan panas (turut merasakan sakitnya).” 

(HR Bukhari no 6011 dan Muslim no 2586)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 28, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Apr 28, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM30.00

Apr 28, 2024

HEHE

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 28, 2024

JUMIAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 28, 2024