ACT FOUNDATION

Dimulakan pada Jun 23, 2022

BANTUAN KECEMASAN MANGSA GEMPA AFGHANISTAN

RM1,510 / 10.07 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

54 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Hantar bantuan kemanusiaan untuk gempa di Afghanistan. Jom bantu mereka yang memerlukan.


Innalillahi wainna illahiraji’un. Kabar duka datang dari saudara kita di Afghanistan. Gempa dengan magnitud 6.1 skala richter, pada pagi Rabu, 22 Jun 2022, mengegarkan bumi Afghanistan. Gempa bumi paling dahsyat sejak 2002 ini telah membunuh lebih dari 1000 orang dan mencederakan 1,500 orang. Jumlah mangsa dijangka boleh meningkat seiring dengan banyaknya kawasan yang belum boleh diakses pasukan pemindahan dan informasi yang terus mengalir dari kawasan terpencil.



Gempa bumi dirasai oleh hampir semua bahagian di Afghanistan, termasuk Wilayah Paktika, Gyan dan daerah Barmal. Dengan pusat gempa berada kira-kira 46 km dari bandar Khost. Ratusan orang juga dianggarkan masih tertimbun reruntuhan. Selain mangsa jiwa, gempa ini juga memusnahkan lebih dari 1.800 dan merusak infrastruktur penting sehingga rangkaian komunikasi yang menyukarkan pergerakan tentera untuk memetakan kawasan yang dilanda gempa bumi.



Teruknya gempa bumi ini turut disebabkan dengan hujan lebat selepas gempa bumi. Pembinaan rumah yang dibina secara tradisional menggunakan tanah dan batu akibat konflik menyebabkan ia mudah runtuh. Ayuh hantarkan bantuan anda sekarang! Betapa sedihnya nasib saudara kita di Afghanistan. Selepas mengalami konflik kemanusiaan yang kompleks, kejatuhan ekonomi, ketidakamanan makanan dan kemarau yang paling teruk, mereka kini terpaksa menerima pahit getir gempa bumi yang membawa maut ini.



Mereka tidak mengharapkan apa-apa selain bantuan anda. Jangan biarkan saudara Afghan terus tenggelam dalam kesedihan. Adapun saat ini berikut keperluan mendesak saudara mangsa gempa Afghanistan:

1. Bantuan makanan

2. Tempat tinggal 

3. Bantuan perkhidmatan perubatan



Bantuan anda boleh menyelamatkan mereka! Bersama ACT, ayuh, kirimkan sedekah dan doa terbaik anda sekarang. Semoga tiada lagi angka kematian akibat bencana dan tiada lagi kesedihan di Afghanistan. Jazakumullah khairan. Doa setulus-tulusnya dari kami semoga kebahagiaan, kemudahan, perlindungan dan kelancaran rezeki selalu dilimpahkan Allah SWT. Aamiin ya Rabb.

Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jun 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 24, 2022

Kempen Sumbangan Tamat