ACT FOUNDATION

Dimulakan pada Feb 25, 2022

BANTUAN KECEMASAN GEMPA SUMATERA BARAT INDONESIA

RM3,387 / 33.87 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

182 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pada hari Jumaat yang penuh barakah, gempa bumi melanda Pasaman Barat, Sumatera Barat, Indonesia. Kerosakan agak teruk, malah gegarannya dirasai sehingga ke Malaysia.


Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Gempa bumi kuat berulang kali terjadi pagi Jumaat (25/2/2022). Yang pertama berlaku pada 08.35 WIB dengan kekuatan 5.2 magnitud. Beberapa minit kemudian, gempa bumi lebih besar berukuran 6.2 M. Selepas gempa besar itu, beberapa lagi gempa susulan agak besar dengan skala melebihi 5 magnitud masih dirasai penduduk. Ya Allah..


Malah gempa bumi ini turut menggegarkan bangunan di Malaysia dan Singapura. Walaupun gempa bumi itu tidak berpotensi tsunami, ACT Team di lapangan dan pihak rasmi melaporkan sekurang-kurangnya 3 orang maut dan lebih 50 orang cedera, dan bilangannya akan terus berkembang seiring dengan pengumpulan data.



Lebih 400 rumah rosak termasuk sekolah, Maahad Tahfiz dan Masjid. Kira-kira 5,000 pelarian kini mencari perlindungan di 35 kem pelarian. InsyaAllah, ACT Team akan terus mencuba yang terbaik untuk membantu beribu-ribu mangsa dan pelarian.





Ayuh, sedekah dan hantar bantuan kecemasan anda kepada saudara kita yang sangat memerlukan!


“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,” (Surah Al-Ma’idah ayat 2).


ACT Team akan menghantar bantuan kecemasan anda dalam bentuk makanan ready-to-eat, air minuman dan air bersih, peralatan untuk wanita dan bayi, khemah dan selimut, bantuan perubatan, kit kebersihan, dan logistik lain.



Jazakumullah khayran. Setiap kebaikan yang kamu berikan, Allah SWT. yang akan menggantikan mereka satu persatu, dengan keberkatan yang berlipat ganda. Doa setulus-tulusnya dari kami semoga kebahagiaan, kemudahan, perlindungan dan kelancaran rezeki sentiasa bersama anda dan keluarga, amin ya Rabb.


Juga, mohon doa dan bantuan tertulusmu untuk ribuan saudara-saudara kita di Sumatera Barat yang sedang ketakutan sekarang.


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 27, 2022

AHMAD IKHWAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 23, 2022

Kempen Sumbangan Tamat