Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM525 / 17.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
21 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un. Pada masa ini, lebih dari 400 orang telah syahid di Palestin dan lebih 2,300 orang telah cedera, dianggarkan ini akan terus meningkat selepas status darurat tentera perang disahkan secara rasmi oleh Israel, Ahad lalu. Serangan udara Israel dengan pelbagai peralatan pertahanannya yang canggih pastinya tidak dapat dibendung oleh penduduk Gaza. Beratus-ratus penduduk, termasuk wanita dan kanak-kanak, berpusu-pusu meninggalkan rumah mereka di timur Gaza untuk melarikan diri dari sempadan dengan Zionis.
Hasbunallah wanikmal wakil, la hawla wala quwwatta illa billah.
Operasi ketenteraan yang ditujukan kepada Israel oleh Hamas itu bermotifkan serangan ke atas Masjid Al Aqsa baru-baru ini, keganasan terhadap penempatan Palestin, termasuk keganasan terhadap rakyat Palestin yang telah dialami selama beberapa dekad. Palestin mahu menyuarakan kepada Israel dan dunia bahawa Palestin berhak untuk tidak berdiam diri. Selama beberapa dekad penderaan dan Palestin mempunyai hak untuk merdeka.
Tuan-tuan dan puan-puan, ini adalah detik penting di mana sokongan terhadap Palestin amat diperlukan, pelbagai agensi dan negara di dunia telah menyatakan sokongan kepada Palestin, marilah kita menyokong perjuangan saudara-saudara kita di Palestin dengan usaha yang terbaik.
Kami tidak memasuki alam peperangan, tetapi kami membantu dengan misi kemanusiaan, perubatan, makanan dan keperluan kecemasan lain kepada mangsa. Kami sedang berusaha untuk mengagihkan bantuan kemanusiaan, semoga pasukan kami di Gaza diberi perlindungan dan dipermudahkan untuk memberikan maklumat terkini dengan segera.
Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata, "Aku mendengar Rasulullah bersabda: "Akan selalu ada segolongan umatku yang menegakkan agama Allah, orang yang memusuhi mereka atau tidak mahu mendukung mereka sama sekali tidak boleh menimpakan bahaya ke atas mereka. Begitulah keadaannya sehingga akhirnya urusan Allah datang." Malik bin Yakhamir menjawab: "Mu'adz bin Jabal berkata bahawa mereka berada di Syam." Mu'awiyah berkata, "Lihat, Malik menyebut bahawa dia telah mendengar Mu'adz bin Jabal berkata. bahawa golongan ini berada di Syam.”
(HR. Bukhari: Kitabul Manaqib no. 3369 dan Muslim: dalam Kitabul Imarah no. 3548)
Kami tidak mampu berjuang sendirian, kami memerlukan bantuan anda. InshaAllah, sumbangan anda akan kami salurkan. Pada masa ini, pasukan Kemanusiaan Asar di Gaza sedang berusaha mengiringi dan mengagihkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa. Bermula daripada makanan sedia untuk dimakan sehinggalah minyak ambulans. Semoga Allah memberikan perlindungan dan keberkahan yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum tuan-tuan dan puan-puan!
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah ala kulli haal
155 bungkusan makanan telah diagihkan kepada penduduk Gaza yang berlindung di tengah Gaza, Semenanjung Gaza. Kami melawat lokasi pelaksanaan di kem pelarian Central Gaza City kerana menempatkan ramai pelarian di dalam khemah. Mereka kehilangan tempat tinggal akibat serangan bom Zionis. Kem pelarian mula dipenuhi, mencapai hampir 3 hingga 4 kali ganda kapasitinya.
Kandungan bungkusan makanan ini ialah susu tepung, gula, kacang tin, mortadella tin, hummus, lentil, bulgur, bihun, teh, halawa, tahini, roti dan air minuman. Barakallahu fiikum tuan-tuan dan puan-puan! Semoga Allah SWT merahmati anda dan keluarga atas segala usaha dan sokongan kami untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Jazakumullah khairan.
Assalamu'alaikum tuan-tuan dan puan-puan!
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah ala kulli haal.
Asar Humanity berjaya mengagihkan bantuan air bersih kepada saudara-saudara kita di Gaza yang menjadi pelarian dan mangsa serangan Zionis di Gaza. Tepatnya di An Nasser Hospital di wilayah selatan Gaza. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan! Semoga Allah SWT memberi keberkatan dari segala usaha dan sokongan kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Jazakumullah khairan.
Wilayah selatan ini tidak juga menjadi tempat yang aman, karena serangan juga terjadi di area hospital mengakibatkan salah satu relawan Asar Humanity terluka pada bagian kaki.
Hasbunallah wani'mal wakiil.
Tuan dan Puan, dengan berat hati juga sejak malam tadi elektrik dan saluran telekomunikasi termasuk jaringan internet diputus total oleh Zionis. Pada malam itu juga mereka memborbardir Gaza. Belum jelas berita terkait kerusakan dan korban yang terjadi karena saat ini tim kami di lapangan belum bisa dihubungi satupun.
Saudara-saudara kita masih memerlukan sokongan kita. Janganlah kita berhenti bercakap benar tentang Palestin. Kita teruskan doa dan sokongan agar Allah SWT melindungi saudara-saudara kita di Gaza.
Assalamu'alaikum tuan-tuan dan puan-puan!
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah ala kulli haal.
Asar Humanity sekali lagi mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa yang terjejas akibat serangan Zionis. Bungkusan roti kali ini diterima oleh 50 keluarga yang telah berlindung di kem sementara di Gaza Timur.
Barakallahu fiikum tuan-tuan dan puan-puan! Semoga Allah SWT memberi keberkatan dari segala usaha dan sokongan kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin.
Jazakumullah khairan.
Hasbunallah wani'mal wakiil.
Tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudara kita masih memerlukan sokongan kita. Janganlah kita berhenti bercakap benar tentang Palestin. Sama-samalah kita teruskan doa dan sokongan agar Allah SWT melindungi saudara-saudara kita di Gaza.
Assalamu'alaikum tuan-tuan dan puan-puan
Semoga khabar ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah, minggu lepas pasukan Asar Humanity di Gaza telah berjaya mengagihkan 1,000 pek makanan sedia untuk dimakan kepada penduduk di Gaza yang terjejas akibat serangan Zionis pada 7 Oktober lalu di Hospital Dar Al-Shifa, kawasan Rimal Utara, Semenanjung Gaza.
Alhamdulillah ala kulli haal, semoga Allah SWT memberikan keberkatan dari segala usaha dan sokongan kita untuk membantu saudara-saudara kita di Palestin. Walaupun badan ini masih belum mampu bertempur secara langsung di medan perang, namun dari keberkatan rezeki yang dikurniakan Allah SWT, semoga ianya akan tercatat sebagai sebahagian daripada perjuangan kita bersama Palestin untuk mencapai kemerdekaan dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Jazakumullah khairan.
Sedikit cerita dari pasukan pengedaran Asar Humanity di Gaza, lokasi hospital Dar Al Shifa adalah tempat paling bahaya di Gaza. Hospital ini telah menerima beberapa ancaman untuk dibombardir oleh Zionis, mereka diminta mengosongkan tempat ini, walaupun hospital itu adalah tempat yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa untuk diserang.
Hasbunallah wani'mal wakiil.
Tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudara kita masih memerlukan sokongan kita. Janganlah kita berhenti bercakap benar tentang Palestin. Ayuh teruskan doa dan sokongan agar Allah SWT melindungi saudara-saudara kita di Gaza.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Oct 19, 2023
ANAS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 13, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2023