PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada May 17, 2023

BANTUAN KILAT HUMANITY 4 GAZA

RM70 / 0.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

3 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantuan kilat humanity selepas serangan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel kepada Gaza sejak 7 hari yang lalu. Ramai yang syahid serta ratusan cedera parah selain ribuan rumah musnah. Jom bantu!


Gencatan senjata telah diisytiharkan antara Gaza dan Kerajaan Haram Zionis. Satu perkembangan berita baik buat rakyat Gaza yang sedang berduka atas musibah serangan mengejut Zionis. Seramai hampir 33 orang telah dimaklumkan syahid, 147 orang cedera parah dan 360 orang cedera ringan akibat serangan zionis selama beberapa hari yang lalu. Banyak rumah-rumah yang difahamkan telah musnah dan rosak sepenuhnya yang mengakibatkan rakyat tidak boleh mendiami kediaman mereka lagi disitu.



Beberapa lagi video yang tidak dapat dikongsikan secara langsung kerana cuba disekat. Anda boleh tekan link dibawah:


1. https://youtube.com/shorts/wJ0ECaPwKwM?feature=share

2. https://youtube.com/shorts/s_sER0FRXYU?feature=share

3. https://youtube.com/shorts/F6OLAE_Fbrw?feature=share





Bayangkan ini adalah anak kita


Tidak sanggup hati ini sebagai seorang ibu dan ayah melihat anaknya tercedera akibat dari serangan. Mereka berjuang berhabis-habisan di bumi Gaza sekarang ini. Hilang tempat tinggal, ahli keluarga tercedera dan terkorban, anak-anak kecil trauma dan membesar dalam keadaan yang tidak aman. Apakah kita sanggup melihat mereka syahid dan luka parah?




Anak syurga yang tidak berdosa menjadi mangsa kerakusan rejim zionis




Adik-adik ini telah syahid setelah dibom ketika mereka sedang tidur





Setiap bapa mendukung anak masing-masing mencari rawatan dan perlindungan




Atas rasa tanggungjawab dan jihad sebagai umat Islam, kami Borderless Humanity @ Kemanusiaan Tanpa Sempadan menggerakkan dana kecemasan ini secepat yang mungkin bagi kegunaan kecemasan penduduk di Gaza sekarang. Dana akan digunakan untuk:


1. Keperluan Asas

2. Perubatan

3. Baik pulih rumah/infra




Sayu hati melihat ramai yang syahid. Selain rumah-rumah musnah teruk dibedil zionis



Dana akan digunakan mengikut keperluan semasa di Gaza. Kami membuka peluang dan mohon bantuan rakyat Malaysia untuk kita sama-sama meringankan bebanan dan penderitaan saudara kita di Gaza yang sedang berjuang sekarang. Sasaran bantuan kami sebanyak RM10,000. Infaklah seikhlas hati anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SITI ROHAIDAH MUSTAPA

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 24, 2023

RIZKE RASAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

May 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat