ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 05, 2022

BANTUAN KEPADA WARGA TERJEJAS LETUSAN GUNUNG SEMERU

RM365 / 12.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Innalillah Wa inna ilaihi Raaji'uun, Gunung Semeru kembali meletus, dan ramai warga yang berpindah. Jom bantu mereka dengan mengagihkan pakej makanan, pelitup muka, dan ubat-ubatan!


Gunung Semeru yang terletak di Jawa Timur, Indonesia, mengalami letusan pada hari Ahad, 4 Disember 2022. Sejak awal letusan ini, terdapat 8 gempa bumi letusan dan 1 gempa awan panas. Namun, sebelum ini tanda-tanda letusan berlaku sejak pukul 03:44 waktu setempat (sumber: BPBD Lumajang), ketika itu terdapat maklumat awan panas turun, sehingga pada pukul 04:59 jarak gelongsor titik awan panas adalah 7km.



Selain itu, letusan Gunung Semeru mengakibatkan beberapa kawasan terjejas dan sebanyak 2,210 orang berpindah dari rumah ke lokasi lebih selamat (masih dalam proses pengumpulan data dari BPBP Provinsi Jawa Timur setakat 4 Disember 2022, 16.40 waktu tempatan).




Pasukan Asar Humanity segera ke lokasi kejadian untuk membantu warga yang terjejas. Sebaliknya, untuk terus menghulurkan bantuan kepada warga yang terjejas akibat letusan Gunung Semeru, Asar Humanity tidak bisa bertindak sendirian dan memerlukan bantuan daripada tuan-tuan dan puan-puan. Di mana inshaAllah bantuan dari tuan-tuan dan puan-puan akan diagihkan dalam bentuk pakej makanan, pelitup muka dan ubat-ubatan. Teringat hadis Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW bersabda:


"Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari kesusahan dunia orang mukmin, maka Allah akan menghilangkan kesusahan dari kesusahan hari kiamat."




Oleh itu, jom sama-sama kita membantu warga yang terjejas akibat letusan Gunung Semeru dengan sedekah terbaik yang boleh tuan dan puan sumbangkan. InshaAllah dengan bantuan anda, keadaan warga yang terjejas akibat letusan Gunung Semeru akan menjadi lebih baik. Marilah kita bersama-sama juga mendoakan saudara-saudara kita di sekitar Gunung Semeru agar sentiasa dilindungi Allah SWT. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2022

Kempen Sumbangan Tamat