MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 22, 2023

BANTUAN MAKANAN BERKHASIAT UNTUK PELAJAR TAHFIZ

RM220 / 7.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU SEDEKAH MAKANAN KEPERLUAN HARIAN ANAK-ANAK TAHFIZ. SETIAP AYAT SUCI AL-QURAN YANG MEREKA LANTUNKAN SETIAP HARI AKAN MENJADI PAHALA KEBAIKAN BUAT PARA PENYUMBANG.


"Setiap persendian manusia wajib disedekahi, setiap hari yang padanya matahari terbit. Beliau bersabda, "Mendamaikan antara dua orang (yang berselisih) adalah sedekah, membantu seseorang dalam masalah kenderaannya lalu menaikkannya ke atas kendaraannya atau mengangkat barang bawaannya ke atas kendaraannya adalah sedekah. Beliau bersabda, "(Mengucapkan) kalimat yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang dia berjalan menuju masjid untuk shalat adalah sedekah, dan menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah." (HR. Bukhari & Muslim)



Membantu golongan yang memerlukan sangat dituntut dalam Islam oleh agama menuntut kepada golongan yang berkemampuan untuk membantu dan mengambil berat kepada golongan yang tidak bernasib baik membela mereka dengan bersedekah RM10 mudah-mudahan dengan keberkatan bulan Syaaban yang mulia ini lebih mendekatkan diri kita dengan Allah SWT.



Oleh itu, pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah melancarkan tabung infaq bantuan keperluan makanan berkhasiat anak yatim tahfiz asnaf miskin bagi tujuan membantu golongan penuntut disini yang asnaf supaya nasib mereka terbela dengan sumbangan dan bantuan yang disumbangkan oleh kerana peningkatan sara hidup yang tinggi dimasa kini. Insyaallah dengan sumbangan infaq tabung ini sedikit sebanyak dapat menampung kos perbelanjaan makanan harian mereka dan keperluan pengajian mereka disini dan meringankan beban mereka insyaallah.



Makanan yang berkhasiat seperti ayam, ikan dan telur sangat penting dan diperlukan bagi para penghafal Al-Quran ini. Daripada makanan yang sihat akan membantu membekalkan tenaga dan juga kesihatan yang baik kepada anak-anak tahfiz kerana kegiatan seharian mereka adalah menghafaz Al-Quran. Melalui kempen sedekah dan bantuan makanan keperluan pelajar tahfiz ini juga para dermawan telah menjadi agen dalam perkara kebaikan buat mereka yang sentiasa berjuang menghafaz Al-Quran.



Akhir kata pihak Maahad Tahfiz merayu muslimin dan muslimat membantu golongan pencinta Al-Quran ini untuk mereka berjuang di jalan Allah. Setiap kebaikan yang lahir daripada perilaku dan doa-doa yang dipanjatkan oleh anak-anak yang soleh ini insyaAllah akan menghiasi hari-hari para dermawan sekalian.


إِن تُبْدُوا۟ ٱلصَّدَقَٰتِ فَنِعِمَّا هِىَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا ٱلْفُقَرَآءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّـَٔاتِكُمْ ۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ


"Jika kamu menampakkan sedekah(mu), maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Mar 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 26, 2023

Kempen Sumbangan Tamat