Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM150 / 5.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
6 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di tempat-tempat yang terpencil, terdapat Da’i, guru ngaji, dan ustaz yang terus berjuang menyebarkan ilmu agama, walaupun berhadapan dengan pelbagai kesulitan. Ramai di antara mereka hidup dalam keterbatasan, dengan pendapatan yang tidak mencukupi untuk keperluan harian.
ASAR Humanity mengajak saudara dan saudari semua untuk bersama-sama mendukung program dakwah di pelosok dengan memberikan bantuan kepada Da’i, pendakwah, guru ngaji, dan ustaz yang kurang berkemampuan. Donasi yang terkumpul akan digunakan untuk menyalurkan paket makanan dan keperluan asas yang sangat diperlukan oleh mereka agar dapat terus berdakwah tanpa terganggu oleh kesulitan hidup.
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Mujadilah, ayat 11:
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa darjat.”
Dengan bantuan anda, kita dapat menyokong perjuangan dakwah di kawasan pedalaman dan terpencil dan meringankan beban hidup para pendakwah yang kurang berkemampuan.
Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala yang sama seperti orang yang melakukannya." (HR. Muslim)
Dengan menyumbang kepada program ini, anda akan mendapatkan pahala yang sama dengan pahala mereka yang menyebarkan kebaikan.
Mari kita dukung program dakwah di seluruh pelosok negeri dan membantu para pendakwah agar mereka dapat terus menyebarkan syiar Islam dengan lebih baik. Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala dan memberkati setiap kebaikan yang kita lakukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 27, 2024