Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,015 / 33.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
43 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Setiap harinya tak henti sakit hati bertambah terhadap kejahatan yang dilakukan Zionis terhadap saudara kita di Gaza. Serangan terhadap warga Gaza bahkan kepada sesiapa yang berpindah ke bagian selatan. Adakah lagi kini tempat di Gaza yang dijamin selamat?
Kehancuran bangunan sumber bahan makanan, kebutuhan harian serta sekatan Zionis terhadap kesediaan kebutuhan asas membuat saudara kita semakin menderita. Dengan kehabisan bahan api akibat pengepungan Israel di Gaza, minyak goreng digunakan di seluruh kawasan itu sebagai alternatif kepada diesel untuk kenderaan. Dikhabarkan juga bahawa Rakyat Palestin menggunakan minyak masak untuk mengendalikan penjana elektrik berikutan kekurangan bahan api di hospital Indonesia, utara Gaza.
Kita tidak boleh berdiam diri walaupun kita sedar bahawa kepungan Zionis menyekat akses ke Gaza. Asar Humanity sedang menjemput anda semua pada masa ini untuk menyertai kempen mengumpul dana bertujuan memberi bekalan minyak ambulans dan penjana elektrik hospital di Gaza.
Dimulai dari RM10 InshaAllah bersama-sama kita dapat membantu perjuangan mereka mempertahankan tanah air Palestin dan menuntut kembali pembebasan Al Aqsa. Semoga Allah memberi perlindungan dan rahmat yang melimpah ruah kepada Tuan, Puan dan keluarga mereka. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami