PERTUBUHAN KEBAJIKAN AURA KASIH

Dimulakan pada Aug 09, 2022

BANTUAN PERMULAAN PERNIAGAAN GOLONGAN ASNAF DAN IBU TUNGGAL

RM445 / 1.27 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM35,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita menghulurkan sokongan kepada keluarga asnaf dan ibu tunggal yang ingin memulakan perniagaan. Semoga dengan inisiatif ini dapat membantu mereka mendapatkan sumber kewangan.


Assalamualaikum WBT, para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi. Kami di Pertubuhan Kebajikan Aura Kasih terpanggil untuk menggerakkan kempen bantuan mula perniagaan bagi golongan asnaf dan ibu tunggal selepas beberapa siri kempen yang telah kami lakukan bersama NGO lain mendapat sambutan baik daripada penerima seperti bantuan beg sekolah, bakul makanan, pelitup muka dan bantuan Hari Raya Aidilfitri.


Hal ini kerana, kami mendapati ramai yang berniaga secara kecil kecilan seperti menumpang kedai orang lain dan juga bantuan mulakan perniagaan tidak sebanyak seperti bantuan perniagaan yang memerlukan pemohon berniaga dahulu. 



Oleh itu, kami berasa adalah perlu untuk membantu golongan sasar ini dalam kategori "miskin bandar" di Kuala Lumpur ini. Objektif kami adalah untuk membantu golongan asnaf dan ibu tunggal mulakan perniagaan mereka dan seterusnya keluar daripada belengu masalah kewangan. Hasil sumbangan kempen ini, kami menyasarkan untuk membantu seramai 100 orang sebagai penerima bantuan. Penerima akan menerima kanopi bersaiz 8x8 dan meja lipat bersaiz 2x4. 



Semoga dengan sumbangan anda ini, dapat membantu golongan sasar ini. Kepada para penyumbang, semoga dengan sumbangan ini, anda mendapat keredhaan Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada-NYA. Marilah kita sama-sama menyumbang dan membantu anak-anak ini mendapatkan pendidikan yang sewajarnya di platform sumbangan.com.



“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 09, 2022

NURUL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 15, 2022

Kempen Sumbangan Tamat