Yayasan EZ Prihatin

Dimulakan pada Dec 05, 2022

BANTUAN MUSIM SEJUK PELARIAN SYRIA

RM1,320 / 2.64 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

43 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantuan musim sejuk 10.0 merupakan sebuah kempen untuk membantu menyalurkan bantuan kepada pelarian Syria dalam menempuhi musim sejuk.


Dijangka 2.2 juta para pelarian dalam negara (IDP) di utara Syria bakal bergelut dengan musim sejuk yang lebih teruk kerana peningkatan kemiskinan yang mendadak dan bantuan kemanusiaan yang semakin berkurangan. Musim sejuk bukanlah suatu keseronokan buat para pelarian di utara Syria. Setiap penghujung tahun, ketibaan musim sejuk akan menjadi kerisauan dan mimpi ngeri besar buat mereka. Tidak hanya diuji dengan serangan bersenjata, mereka terpaksa berhadapan dengan kedinginan yang mengancam nyawa.




Tiada Pilihan, Ini Realiti yang Terpaksa Mereka Hadapi

Musim sejuk yang terpaksa saudara kita hadapi di sana bukanlah seperti keseronokan yang kita tonton di kaca TV. Menghadapi suasana musim sejuk dengan suhu -ve dan ekstrim tanpa persiapan adalah satu tindakan yang boleh mengancam nyawa. Tak dapat dibayangkan dalam keadaan suhu yang ekstrim dan angin yang dingin, mereka tidak mempunyai baju sejuk, selimut tebal, pemanas, bahan bakar, stotik, topi dan keperluan asas yang harus mereka miliki.


Musim sejuk yang bakal mereka tempuhi ini bukan satu pilihan. Mahu atau tidak inilah realiti yang bakal mereka tempuhi. Diancam dengan peluru dan bom, kini mereka terpaksa bertarung nyawa dengan kesejukan. Justeru, kita tanyakan pada diri, apa usaha yang mampu kita lakukan untuk membantu mereka? Apa bantuan yang mampu kita hulurkan pada mereka?

Di atas dasar tanggungjawab dan kasih sayang sesama insan, Yayasan EZ Prihatin dengan kerjasama Syria Care telah menggerakan Kempen Bantuan Musim Sejuk 10.0 (Warm Their Winter). Melalui kempen ini, disasarkan 2.2 juta pelarian Syria yang akan dibantu.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Seorang muslim adalah saudara terhadap muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah akan melaksanakan hajatnya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)


Sumbangan yang dihulurkan bukan hanya dapat membantu pelarian Syria menempuhi musim sejuk, tapi ianya juga mampu menyelamat kan nyawa mereka menempuh ranjau ini. Ayuh kita menyumbang, kita sampaikan mesej kemanusiaan dan harapan buat saudara-saudara seIslam kita. Antara sumbangan yang akan disampaikan ialah:

1. Bahan bakar (berin iaitu hampas zaitun dan minyak diesel)
2. Pakaian (baju tebal, topi, mafla)
3. Stoking dan kasut
4. Alat Pemanas
5. Selimut tebal
6. Makanan Siap Masak

“Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri karena Allah, melainkan Allah akan mengangkat derajatnya.” (HR Muslim : No 4689)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Jan 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 11, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Kempen Sumbangan Tamat