Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM505 / 16.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
35 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Mendengar nama Yaman mungkin tidak asing bagi kita. Yaman merupakan salah satu negara yang terkenal dengan bumi para wali dan ulama besar yang terletak di Semenanjung Tanah Arab. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa:
“Penduduk Yaman telah datang kepadamu. Merekalah yang paling lembut hatinya. Iman ada di Yaman, Fiqh ada di Yaman, dan hikmah ada di Yaman."
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dinilai sahih oleh Al-Albani)
Namun, akibat konflik kemanusiaan yang berlaku di negara ini, kira-kira 20,7 juta penduduk Yaman memerlukan bantuan kemanusiaan dan seramai 16,2 juta mengalami masalah kekurangan makanan. Sebaliknya, kira-kira 3 juta orang kehilangan tempat tinggal dan harus berpindah ke lokasi yang lebih selamat juga terpaksa menghadapi musim sejuk yang melanda Yaman tahun ini.
Di tengah-tengah keadaan yang membimbangkan, kami bimbang akan bagaimana mereka mahu menghadapi musim sejuk. Sudahlah sukar untuk memenuhi keperluan makanan, apatah lagi untuk memenuhi keperluan lain seperti pakaian musim sejuk, selimut, kasut dan sebagainya.
Sebaliknya, terdapat beberapa fadhilat apabila kita membantu orang lain, iaitu:
1. Menjadi manusia yang mempunyai sifat-sifat yang dicintai oleh Allah SWT
2. Permudahkan urusan, baik di dunia mahupun di akhirat
3. Mendapat rahmat dari Allah SWT
4. Mendapat keampunan dan dinaikkan darjat pada hari akhir
Oleh sebab itu, marilah sama-sama kita membantu warga Yaman agar tetap hangat di musim sejuk dengan bersedekah melalui kempen ini. InshaAllah sedekah yang terkumpul akan diagihkan kepada warga Yaman dhuafa berupa pakaian musim sejuk, selimut, kasut, makanan dan keperluan lainnya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2022