ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Nov 13, 2024

BANTUAN NUTRISI YAMAN

RM120 / 2.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bersama-sama kita menghulurkan bantuan dan memberikan sinar harapan kepada saudara-saudara kita di Yaman. Semoga setiap sumbangan kita membawa manfaat dan meringankan beban mereka.


Menghulurkan Harapan di Tengah Kesengsaraan: Usaha Iltizam Relief Society di Yaman


Sejak tahun 2017, Iltizam Relief Society telah giat menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di Yaman, sebuah negara yang telah lama terperangkap dalam konflik perang yang bermula pada tahun 2015. Perang ini tidak hanya membawa kehancuran fizikal, tetapi juga menghancurkan harapan dan kehidupan jutaan rakyatnya.


Krisis yang melanda Yaman telah mengakibatkan negara ini mengalami kekurangan bekalan makanan, wabak kolera yang berterusan, dan kelaparan yang meluas. Pintu rezeki tertutup, peluang pekerjaan semakin terhad, dan ramai yang terdesak mencari cara untuk menyara keluarga mereka di tengah-tengah kancah peperangan yang tiada penghujungnya.



Di saat kesempitan ini, Iltizam Relief Society hadir dengan penuh iltizam untuk memberikan harapan dan bantuan. Di bawah projek nutrisi kami, kami ingin menawarkan bantuan pek makanan, daging, roti dan susu yang amat penting untuk kelangsungan hidup dan kesihatan rakyat Yaman.



Bantuan Nutrisi ini sangat penting dan kritikal bagi ianya boleh merawat penduduk Yaman yang kekurangan zat akibat daripada kebuluran. Setiap pek makanan yang kami hulurkan adalah lebih daripada sekadar bantuan; ia adalah simbol kasih sayang, perhatian, dan solidariti kita semua terhadap penderitaan mereka. 



Marilah bersama-sama kita menghulurkan bantuan dan memberikan sinar harapan kepada saudara-saudara kita di Yaman.  Hanya dengan keikhlasan dan kasih sayang, kita mampu membuat perubahan yang bermakna dalam kehidupan mereka yang terjejas. Tahap pemberian adalah seperti berikut:


1. RM 30 = 15 hari bekalan roti untuk 1 keluarga

2. RM 50 =  1 bulan bekalan susu formula

3.RM 60 = 1 pek daging


Bersama Iltizam Relief Society, kita mampu menghulurkan harapan di tengah kesengsaraan.



Kami percaya, dengan sedikit sumbangan daripada kita semua, kita mampu mengubah kehidupan mereka yang paling memerlukan. Setiap pek daging dan susu yang diberikan adalah tanda bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi dugaan ini. Kami percaya, dengan sedikit sumbangan daripada kita semua, kita mampu mengubah kehidupan mereka yang paling memerlukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 15, 2024

NORMASTURA BINTI SULAIMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 15, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 15, 2024

Kempen Sumbangan Tamat