Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PUSAT JAGAAN WARGA EMAS AL IKHLAS
Dimulakan pada Apr 08, 2025
RM77,988 / 77.99 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000
2870 Penyumbang
141 Baki Hari
“ANAK PERNAH PUKUL TOK DENGAN BATU LESUNG, DIA CAKAP TOK BISING..”
Apakah dosa seorang ibu yang bermati-matian bertarung nyawa melahirkan dan menjaga anak sehingga meningkat dewasa hanya untuk diperlakukan sebegini rupa? Menjaga seperti menatang minyak yang penuh hanya untuk melihat anak membesar dengan sempurna, namun tidak mereka menyangka di usia tua, anak pula yang menyakiti mereka seolah-olah darjat mereka sebagai ibubapa sudah tiada nilai.

Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas telah ditubuhkan pada 1 November 2023, pusat ini di bawah selenggaraan Pertubuhan Kebajikan Al Ihklas, tujuan pusat ini dibuka bagi membantu warga emas asnaf dan tiada waris yang tiada tempat tinggal dan kami akan memberi penjagaan kehidupan seharian kepada mereka. Pertubuhan Kebajikan Al Ihklas dan Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas dimilikI oleh Pengerusi yang sama.

Dengan impian untuk melindungi warga-warga emas yang disakiti dan tiada tempat bergantung, Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas berusaha untuk mencari dan menempatkan warga emas seperti ini di dalam sebuah kediaman yang selesa dan mempunyai suasana “rumah” yang sebenar. Agar warga-warga emas seperti ini dapat merasakan kembali kebahagiaan mereka yang mungkin telah hilang.


TUJUAN DAN MATLAMAT
1) Menyediakan tempat perlindungan yang aman dan selamat untuk warga emas yang tiada tempat bergantung (tiada keluarga & tiada tempat perlindungan selamat).
2) Melaksanakan hasrat pengasas dalam mencari dan mengubati kisah duka warga-warga emas yang pernah disakiti & diabaikan.
3) Menyediakan suasana pusat jagaan yang berkonsepkan “Rumah & Kekeluargaan” kepada golongan warga emas
4) Untuk menjadi tempat perlindungan yang selamat dan menenangkan kepada golongan warga emas yang disakiti dan terabai.


Kos untuk operasi setiap hari terlalu tinggi dan ketiadaan sumber pendapatan tetap seringkali mengganggu aktiviti yang yang dijalankan di Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas.



Bekalan makanan untuk warga emas di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas

Buat masa sekarang, hanya tilam sahaja yang menjadi tempat warga emas di sini untuk tidur. Diharapkan agar insan-insan dermawan di luar sana dapat membantu kami untuk menampung kos operasi Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas supaya kami boleh terus membekalkan perlindungan terbaik dan selesa kepada mereka di sini. Tiada lain yang kami harapkan agar warga-warga emas yang menetap di sini dapat merasakan kembali keselesaan dan kebahagiaan yang mungkin telah hilang dalam hidup mereka.

Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung ke talian 011-69715398 (Puan Siti) atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat Lot 4&5 Lorong Sepakat, Kampung Hilir, 06250 Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami