Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL AITAM
Dimulakan pada Oct 08, 2025
RM17,551 / 35.10 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
681 Penyumbang
325 Baki Hari
Perjalanan yang ditempuhnya bukanlah mudah. Selepas kehilangan ayahanda tercinta, Almarhum Ustaz Haji Idris, beliau sekali lagi diuji dengan pemergian suami yang selama ini menjadi teman seiring sejalan dalam menguruskan Darul Aitam. Kini, segala tanggungjawab dipikul di bahu Ustazah Nuha seorang diri, meneruskan perjuangan yang ditinggalkan dengan penuh tabah dan kuat.

Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam, Melaka ini menjadi tempat perlindungan kepada 70 orang penghuni yang terdiri daripada 15 anak yatim dan lebih 55 orang asnaf yang kini berteduh kasih di sini. Mereka semua dibesarkan, diasuh dan dididik, jauh dari kesusahan hidup yang pernah mereka alami di luar sana. Mereka terima semua yang memerlukan perlindungan, bermula seawal usia 2 bulan sehingga ke 17 tahun.

Kebanyakan daripada mereka datang dalam keadaan serba kekurangan; ada yang kehilangan ibu bapa sejak kecil, ada yang ditinggalkan kerana keluarga tidak mampu, dan ada juga yang datang dari latar belakang keluarga yang bermasalah. Tapi, di bawah jagaan rumah ini, mereka belajar semula erti kehidupan.

Pihak Darul Aitam sedar bahawa keperluan bagi kesemua 70 orang anak-anak yatim dan asnaf ini menelan kos yang sangat besar. Kos makanan, pakaian, ubat-ubatan, yuran sekolah dan keperluan harian semakin meningkat. Tambahan pula, semakin ramai penghuni yang meningkat usia dan memerlukan kos tambahan untuk persekolahan. Setiap bulan, rumah kebajikan ini memerlukan RM10,000 hingga RM15,000 untuk menampung:
1. Kos makanan harian (sarapan, makan tengah hari, makan malam)
2. Keperluan persekolahan seperti buku, alat tulis, duit poket, yuran dan pakaian.
3. Bil utiliti, elektrik, dan air.
4. Kos pengangkutan membawa anak-anak ke sekolah, dan program di luar.
5. Gaji guru, staf dan warden yang mengajar serta menguruskan anak-anak.
Malangnya, pertubuhan ini tidak mempunyai dana yang tetap. Mereka sudah cuba usaha dengan meniaga secara kecil-kecilan, seperti produk makanan yang diusahakan oleh ibu-ibu tunggal di sekitar Bukit Pegoh, Melaka, serta perniagaan makanan nasi arab yang diusahakan sendiri oleh Ustazah Nuha. Selebihnya, segala operasi hanya bergantung sepenuhnya pada sumbangan orang ramai.

Jika tiada sumbangan orang ramai secara berkala setiap bulan, masalah-masalah seperti ini akan berlaku:
1. Anak-anak mungkin terpaksa berjimat makan dan hidup dalam kekurangan.
2. Keperluan sekolah dan aktiviti persekolahan tidak dapat dijalankan dengan baik.
3. Kos kesihatan dan keperluan asas mereka akan terabai.
4. Paling membimbangkan, operasi rumah kebajikan boleh lumpuh, dan anak-anak ini bakal kehilangan tempat perlindungan.
Sumbangan orang ramai amat diperlukan untuk memastikan kelangsungan hidup anak-anak ini tidak terjejas. InsyaAllah, setiap RM10 yang disalurkan, menjadi sebahagian daripada makanan mereka hari ini. Setiap RM50, menjadi sokongan untuk pendidikan mereka. Setiap RM100, menjadi penjamin bahawa rumah ini terus berdiri demi masa depan mereka.
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)
Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, anda yang dermawan boleh terus berhubung dengan pengerusi Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam, Ustazah Nuha di talian 012-341 6144 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat: KM 12, Jalan Darul Aitam, Bukit Pegoh, Pernu, 75460 Melaka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Nov 14, 2025