Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ASNAF AN-NAAFI KUALA LUMPUR
Dimulakan pada Apr 08, 2025
RM171,474 / 85.74 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000
7135 Penyumbang
142 Baki Hari

“𝐵𝑎𝑟𝑎𝑛𝑔𝑠𝑖𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑒𝑙𝑖ℎ𝑎𝑟𝑎 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑦𝑎𝑡𝑖𝑚 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑒𝑟𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑖𝑛𝑢𝑚, 𝑛𝑒𝑠𝑐𝑎𝑦𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑠𝑢𝑘𝑘𝑎𝑛𝑛𝑦𝑎 𝑘𝑒 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑠𝑦𝑢𝑟𝑔𝑎, 𝑘𝑒𝑐𝑢𝑎𝑙𝑖 𝑗𝑖𝑘𝑎 𝑑𝑖𝑎 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑘𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑜𝑠𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑑𝑖𝑎𝑚𝑝𝑢𝑛𝑖.”
(Riwayat al-Tirmidzi, no. 1917).
Pertubuhan Kebajikan Asnaf An-Naafi Kuala Lumpur ini telah ditubuhkan pada 14 September 2018. Bermula pada Januari 2020, kami telah membuka sebuah kediaman di atas nama Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf An-Naafi untuk dijadikan kediaman bagi mereka yang terdiri daripada anak-anak yatim, anak fakir miskin (asnaf) dan juga anak-anak yang terbuang.

Anak-anak yang dibawah jagaan kami terdiri daripada kanak-kanak berusia dari 5 tahun sehingga 19 tahun seramai 26 orang yang telah menjadi penghuni tetap asrama ini.

Di asrama ini kami menjaga dan mendidik mereka dengan sepenuhnya dari menjalani kehidupan harian sehingga ke pendidikan agama dan juga pendidikan asas akademik (SK, SMK, Kolej) dan di sini juga kami menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dengan mementingkan sikap bertanggungjawab, bekerjasama di antara satu sama lain dan sentiasa menjaga kebersihan dan menanamkan nilai moral dengan penuh rasa kasih sayang sehingga tiada seorang di antara mereka merasa tersisih.


Namun begitu, dugaan sentiasa ada buat kami. Kos sara hidup yang semakin meningkat telah menyebabkan dana yang ada sering di paras yang tidak selalu kekurangan,hanya cukup-cukup bagi membiayai barang asas keperluan anak-anak di sini.
BANTU KAMI MEMBERIKAN PERLINDUNGAN DAN PENDIDIKAN TERBAIK BUAT 26 ORANG ANAK YATIM DISINI.
Ayuh bersama kami. Bantu mereka, selamatkan masa depan mereka.


Anggaran kos yang diperlukan adalah:
1. Kos operasi bulanan (RM23,000) – makanan, pakaian, dan perbelanjaan asas harian
2. Penyelenggaraan kediaman (RM3,000/bulan) – sewa rumah serta baik pulih rumah agar selamat didiami
3. Penyelenggaraan kenderaan (RM2,000/bulan) – kos petrol dan servis dua buah van pengangkutan
4. Kelas tambahan – persediaan untuk anak-anak menduduki peperiksaan besar


TUJUAN DAN MATLAMAT
1. Melindungi dan membekalkan setiap sudut kebajikan, kemudahan dan keperluan asas kepada anak-anak yatim dan asnaf seperti tempat tinggal, makan minum, pakaian, perubatan dan pendidikan.
2. Menyempurnakan dan membuka peluang kepada anak-anak yatim & asnaf untuk mendapatkan pendidikan agama dan pelajaran akademik
3. Memupuk nilai-nilai murni, keagamaan,kesedaran akhlak dan pembentukan jati diri yang lebih baik kepada semua anak-anak yatim & asnaf
4. Melahirkan generasi kanak-kanak dan remaja yang bersahsiah tinggi, berakhlak mulia dan terpelihara daripada segala gejala sosial yang merosakkan diri.
5. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sihat untuk merawat kembali segala kisah hitam dan duka yang pernah dilalui anak-anak ini



Diriwayatkan dalam hadis riwayat Ahmad, Rasulullah bersabda tentang manfaat sedekah dalam Islam, "Naungan bagi seorang mukmin pada hari kiamat adalah sedekahnya."
Marilah kita bersama-sama memudahkan usaha untuk menyediakan perkhidmatan jagaan bagi tujuan perlindungan, pengawasan pemulihan dan latihan terbaik buat anak‐anak yatim dan asnaf. Mereka juga berhak untuk mencapai kecemerlangan yang merangkumi ilmu dunia dan akhirat. InshaAllah dengan bantuan ini, inilah sebahagian jihad anda di jalan Allah dan semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang diterima syurga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami