Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN MISI KEAMANAN DAN BANTUAN KEMANUSIAAN ANTARABANGSA MALAYSIA
Dimulakan pada May 28, 2025
RM375 / 0.75 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
21 Penyumbang
44 Baki Hari
Orang Asli adalah antara kumpulan yang paling miskin di Malaysia. Kadar kemiskinan di kalangan Orang Asli adalah lebih tinggi berbanding kadar kemiskinan keseluruhan negara. Faktor-faktor yang menyumbang kepada kemiskinan Orang Asli termasuklah kurang akses kepada pendidikan dan peluang pekerjaan, tempat tinggal yang jauh di kawasan pedalaman, dan kurang hak milik tanah.

Kurang akses pendidikan dan pekerjaan menyebabkan Orang Asli sering menghadapi masalah untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan peluang pekerjaan yang sesuai. Tempat tinggal yang jauh di kawasan pedalaman yang terpencil, menjauhi pusat-pusat bandar dan membantutkan peluang ekonomi kepada mereka
Kurang hak milik tanah dan ketiadaan hak milik tanah menyebabkan mereka kurang mempunyai jaminan untuk meneruskan hidup dan kurang akses kepada peluang ekonomi yang lebih luas.

Kadar kemiskinan Orang Asli berada di bawah kategori miskin. Selain itu terdapat masyarakat Orang Asli yang berada dalam kategori miskin tegar tanpa bantuan kepada mereka terutama yang tinggal dikawasan pendalaman. Kemiskinan dan kebajikan di kalangan Orang Asli perlu ditangani kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada mereka sendiri, tetapi juga kepada pembangunan negara secara keseluruhan.

Sebagai sebuah badan bukan kerajaan, BANTU Malaysia yakin dengan sokongan dari semua pihak akan dapat membantu masyarakat orang asli agar dapat seiring bersama kaum-kaum lain dalam mencapai matlamat wawasan negara. BANTU bersedia memberi komitmen dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kemanusiaan ini sehingga ke tahap yang dapat meyakinkan mereka.
Jika kesedaran ini tidak dilaksana dan dihayati sudah tentu misi mendekatkan masyarakat bersama golongan ini tidak akan tercapai dan masyarakat Orang Asli akan terus tertinggal dalam arus pembangunan negara yang pesat berjalan. Mendekatkan masyarakat umum bersama masyarakat orang asli dan mengambil daya usaha dalam menitikberatkan dan membangunkan modal insan masyarakat orang asli melalui pelbagai aktiviti bersama

BANTU melalui gabungan Badan bukan Kerajaan NGOs yang lain akan berkerjasama dengan Kementerian, agensi Kerajaan serta swasta di dalam aktiviti-aktiviti untuk membangun dan memajukan masyarakat orang asli . Dengan kesedaran dan kerjasama ini terutama kementerian yang menjaga hal ehwal orang asli ini sendiri pastinya akan membuahkan hasil yang lebih berkesan dalam menaiktaraf hidup serta membangunkan masyarakat Orang Asli sebagai kumpulan sasar.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2025