Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
LEMBAGA PENDIDIKAN AL QUR'AN AL HUDA
Dimulakan pada Dec 13, 2022
RM700 / 14.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
35 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Nama panggilannya ialah adik Alwi, pelajar Tahfiz Quran LPQ Al Huda yang mempunyai kelebihan istimewa yang Allah berikan kepadanya. Beliau merupakan anak kepada seorang ibu tunggal yang hidup di bawah paras kemiskinan. Ibunya menjual makanan ringan setiap hari di salah sebuah sekolah rendah yang mana hasil pendapatannya adalah untuk menyara hidup bersama anak kesayangannya iaitu adik Alwi. Adik Alwi membesar sebagai anak yang rajin dan penuh semangat dan ceria. Pagi-pagi adik Alwi pergi ke Sekolah Khas untuk kanak-kanak berkebolehan istimewa. Jarak ke sekolah dari kediaman adik Alwi lebih kurang 7KM. Sementara itu, pada tengah hari adik Alwi menyertai aktiviti mengaji di LPQ Al Huda dengan ditemani ibu tercinta.
Keghairahannya mengaji Al-Quran bersama rakan sebaya sungguh luar biasa walaupun adik Alwi masih belum dapat menyebut huruf hijaiyyah dengan baik dan betul. Namun, kegigihan beliau yang membuatkan kami terus berusaha memberikan yang terbaik untuk Adik Alwi melalui pelbagai kaedah pengajaran. Bagi kami, Adik Alwi adalah anak yang bijak dan istimewa. Semoga ibu yang menjaganya dapat pahala yang terus mengalir tanpa henti hingga hari kiamat. Semoga muslimin dan muslimat yang menyayangi adik Alwi dijadikan Allah hambaNya yang soleh.
Dengan segala kerendahan hati, kami pihak pengurusan LPQ Al Huda mengajak seluruh muslimin dan muslimat untuk menjadikan adik Alwi sebagai anak angkat dengan membantu kos pendidikan dan kecukupan kos sara hidup keluarganya. InsyaAllah dengan menjadi ibu bapa angkat kepada adik Alwi, dapat menjadikannya anak yang cerdik, berdikari dan berakhlak mulia serta boleh menjadi penyejuk hati buat ibu tercinta dan pahala yang mengalir buat kita semua.
Kami akan cuba mengesyorkan adik Alwi agar dapat melanjutkan pelajaran secara tidak formal di pondok pesantren khas untuk anak-anak yang mempunyai kelebihan istimewa seperti adik Alwi. Terdapat tenaga pengajar sedia ada yang mampu memberikan pengajaran mengikut keperluan pelajar, insyaAllah apa yang diharapkan Alwi sekeluarga dapat direalisasikan dengan sebaiknya. Ayuh sertai kami dalam kutipan derma ini bagi merealisasikan impian adik Alwi untuk menjadi seorang guru dan membantu adik Alwi berniaga dengan baik.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Bismillahirrohmanirrohim
Allah SWT berfirman:
“Perumpamaan (derma atau nafkah) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah SWT adalah seperti sebiji benih yang menumbuhkan tujuh batang tangkai: setiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Allah SWT akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang kehendaki-Nya dan Allah SWT Maha luas kurniaan-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah: 261)
Jom sertai kami dalam kempen lain untuk mendapat ganjaran berganda, Klik Tajuk Kempen untuk mula menderma:
1. REALISASIKAN PEMBELIAN TANAH DAN BINA MADRASAH PERCUMA UNTUK PELAJAR TAHFIZ QURAN
2. TABUNG KASIH SAYANG UNTUK PELAJAR TAHFIZ QURAN ASNAF DAN YATIM PIATU
3. INFAQ PENGHAWA DINGIN UNTUK PELAJAR TAHFIZ QURAN
4. SEDEKAH TERBAIK UNTUK ANAK ANGKAT TAHFIZ ASNAF
5. SEDEKAH MAKANAN UNTUK ASNAF DIPEDALAMAN FASA I
6. INFAQ DI JALAN ALLAH MEMBELI AL QURAN DAN KITAB IMAN TAUHID
7. PENGUBAHSUAIAN BILIK BELAJAR PELAJAR TAHFIDZ QURAN
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 16, 2022
NOR RASYIDAH HAMINUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 15, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 15, 2022