BANTUAN PEMBELIAN KENDERAAN

RM90 / 0.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami menyeru kepada anda semua membantu merealisasikan impian kami untuk mendapatkan kenderaan bagi memudahkan pelatih di Pusat Jagaan Raudhah Sakeenah Kelantan. Jom bantu kami!


Pusat Jagaan Raudhah Sakeenah Kelantan (RSK) ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai sebuah pusat perlindungan dan bimbingan remaja puteri. Ia telah digerakkan oleh beberapa orang wanita yang merasakan keperluan mewujudkan tempat perlindungan untuk remaja perempuan yang tersasar. Ianya merupakan pusat penjagaan sepenuh masa yang dioperasikan sebagai salah satu usaha kebajikan bersama.



Apakah kemudahan, perkhidmatan dan aktiviti di RSK?


1. Rumah perlindungan yang lengkap, selamat dan mesra

2. Bimbingan bina diri (Motivasi, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab)

3. Bimbingan rohani dan kelas agama fardhu ain

4. Rekreasi, riadhah dan seni

5. Kemahiran (menjahit, memasak, kraftangan dan komputer)

6. Kaunseling individu

7. Kaunseling kelompok



Buat masa sekarang Pusat Jagaan Raudhah Sakeenah Kelantan (RSK) tidak memiliki kenderaan khusus untuk kegunaan pelatih-pelatih disini. Kenderaan ini amat lah penting bagi RSK untuk kegunaan pelatih ke klinik untuk temujanji pelatih dan juga untuk kecemasan. Selain itu, kenderaan ini juga adalah untuk aktiviti-aktiviti luar kepada pelatih supaya mereka lebih terdedah kepada masyarakat luar.




Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Wahai Rasulullah Apakah sedekah yang paling besar pahalanya?" Sabda Rasulullah:


أن تصدق وأنت صحيح شحيح تخشى الفقر وتأمل الفنى


"(Sedekah yang paling besar ganjarannya ialah) Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan. "

(Hadis Riwayat al-Bukhari)


Semoga Allah memberi ganjaran pahala yang berterusan buat semua penyumbang dan dilimpahkan rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

ARIF JEMALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 31, 2022

Kempen Sumbangan Tamat