MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 26, 2023

TAPAK TANGKI AIR MASIH BELUM MENCUKUPI UNTUK DIBINA

RM1,245 / 12.45 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

72 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PIHAK MAAHAD MEMOHON BANTUAN PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR DI MAAHAD. SEMOGA BERKAT SUMBANGAN ANDA DIBERI KEBAIKAN BERPANJANGAN HINGGA KE AKHIRAT.


Pihak maahad memohon sumbangan kepada anda semua untuk bantuan pembinaan tapak tangki air bagi memuatkan 8 buah tangki air di maahad untuk 75 orang para pedamping Al-Quran di sini. Gangguan air yang kerap membelenggu di kawasan Pekan Ayer Hitam dan juga masalah tekanan air yang rendah memerlukan pihak maahad menyediakan beberapa tangki air di maahad agar bekalan air mencukupi untuk kegunaan harian para pelajar di sini. 



Tangki air merupakan fasiliti penting di sekolah, kawasan perumahan bagi memudahkan penyimpanan air bersih tidak lupa juga di kawasan maahad. Tambahan pula, pengajian seharian para pelajar tahfiz adalah untuk belajar menghafaz Al-Quran dan mereka memerlukan air yang bersih untuk sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Ketiadaan tangki air ini akan menyukarkan kepada para pelajar dan guru-guru untuk melakukan aktiviti pengajian mereka. Oleh itu, kehadiran tangki air amat perlu bagi memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi.



Pembinaan tapak tangki air yang tinggi memainkan peranan penting bagi memastikan pengaliran air berada pada tekanan yang normal dan untuk mengelakkan masalah tekanan air yang rendah di kawasan maahad. Pihak maahad berharap dengan pembinaan tapak tangki air dan bilangan tangki air yang banyak itu kelak dapat membantu menyimpan air untuk menampung puluhan pelajar tahfiz di sini sekiranya berlakunya masalah gangguan air. Sumbangan kalian walaupun serendah RM10 amat bermakna buat anak-anak tahfiz bagi agar mereka dapat menikmati akses bekalan air bersih untuk belajar Al-Quran dan mendalami ilmu agama.




Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullah khairan jaza kepada para penyumbang yang berbesar hati saling membantu atas jalan kebaikan dan ketaqwaan untuk pembinaan tapak tangki air di maahad kami. Semoga apa yang kalian sumbangkan menjadi saham yang berkekalan hingga ke akhirat kelak.


“Apabila manusia meninggal dunia, maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga (macam), iaitu: sedekah jariyah (yang mengalir terus), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 28, 2023

AZZAHRA BESERAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat