MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Apr 13, 2023

BANTUAN PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR MAAHAD TAHFIZ

RM6,260 / 52.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM12,000

244 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pihak maahad memohon sumbangan kepada anda semua untuk pembinaan tapak tangki air bersih kepada pelajar tahfiz. Rebut peluang keemasan ini untuk perbanyakkan sedekah di 10 hari terakhir Ramadan 1444H.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah menyeru muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT agar bersungguh-sungguh dalam kebaikan dan sedekah di fasa ketiga 10 terakhir Ramadan 1444H bagi pembinaan tapak tangki air bersih buat para pedamping Al-Quran di sini. Mari salurkan infaq atau sedekah terbaik kalian di bulan yang mulia ini bagi menyediakan tapak tangki air agar pelajar tahfiz dapat menikmati akses bekalan air bersih untuk belajar Al-Quran. Kewujudan tangki air bersih kelak ini amat penting bagi menyimpan air untuk menampung puluhan pelajar kerana di kawasan Ayer Hitam sering dibelenggu masalah tekanan air yang rendah dan juga gangguan air.



Setakat ini pihak maahad berhasil membeli 4 buah tangki air tetapi masih belum mencukupi untuk menampung kegunaan air bersih puluhan pelajar kami setiap hari. Pihak maahad juga masih memerlukan sumbangan untuk membeli lagi 4 buah tangki air untuk keperluan air untuk pelajar di sini kelak. Selain itu, pihak maahad masih dalam usaha pencarian dana dan sumbangan daripada orang ramai bagi pembinaan tapak untuk meletakkan 8 buah tangki air kelak. Dianggarkan kos pembinaan untuk merealisasikan kewujudan tapak tangki air tersebut adalah RM15,000.



Sehubungan itu, pihak maahad berharap pihak muslimin dan muslimat sama-sama dapat membantu pihak maahad kami disini menyediakan beberapa tangki simpanan air dan juga pam air untuk kegunaan anak-anak tahfiz bagi kemudahan mereka bersuci, mengambil wudhuk, qada' hajat dan sebagainya. Selain daripada menggandakan solat, bacaan Al-Quran dan amalan lain di bulan Ramadan ini jangan lepaskan juga peluang untuk gandakan amalan sedekah.



Seluruh warga maahad mengalu-alukan sumbangan daripada muslimin dan muslimat yang dermawan dalam membantu menjayakan pembinaan tapak tangki air bersih di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Jangan lepaskan peluang ini untuk manfaatkan Ramadan tahun ini sebaiknya.



Pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan dan jasa baik para penyumbang yang sudi menyumbang untuk pembinaan ini. Sempena ramadhan yang mulia ini, berinfaqlah dan bersedekahlah kerana dahsyatnya ganjaran yang Allah berikan bagi mereka yang berinfaq pada bulan ramadhan yang mulia ini. Semoga Allah permudahkan urusan para penyumbang yang budiman serta menunaikan hajat kalian dengan asbab sedekah dan infaq tuan-puan yang budiman. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Apr 25, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2023

GAN THIAM SENG

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 24, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat