Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ADYAN NADZIR KUCHING (SAHABAT ADYAN NADZIR CARE)
Dimulakan pada May 30, 2023
RM100 / 3.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
6 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Memiliki seorang ibu yang telah kehilangan kaki pada Ogos tahun lalu dan kini berstatus OKU dan memiliki seorang ayah yang tidak memiliki pendapatan tetap yang bekerja sebagai buruh kasar. Kadangkala tidak mempunyai perbelanjaan harian membuatkan seorang pelajar kolej rasa tertekan dengan kos pembelajaran dengan pembukaan semester baru minggu lepas.
Semua pelajar yang memasuki semester baru ini perlu mencari tempat tinggal sendiri kerana tidak lagi dibenarkan tinggal di hostel kolej. Memikirkan sejumlah wang deposit bilik sewa dan tiket penerbangan dari Sarawak ke Semenanjung adalah satu halangan besar buat pelajar ini.
Oleh yang sedemikian, amatlah besar harapan kami sekiranya tuan/puan yang budiman dan baik hati dapat bersama-sama kami menjayakan kempen ini bagi memudahkan urusan pelajar ini yang amat memerlukan bantuan segera. Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada tuan/puan yang sudi membantu. Bukan semua mampu untuk mengeluarkan bajet yang besar dalam satu masa.
Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, dia akan mendapatkan pahala seperti yang melakukannya.
Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Semoga Allah gantikan setiap kebaikan kita dengan gunung-gunung emas di Syurga kelak, Allah berikan rezeki yang barakah seperti mengalirnya air zamzam, dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan yang kita perlukan di dunia dan akhirat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
AZLAN BIN ABDUL AZIZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 30, 2023