TABUNG BAIK PULIH GERAI PENJAJA KECIL DI PEDALAMAN SARAWAK

RM480 / 1.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

31 Penyumbang

44 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Peluang untuk sahabat-sahabat sekalian dalam membantu meningkatkan ekonomi masyarakat kita. Semoga kempen ini akan berjaya dalam kita bersama membuat saham akhirat.


Dengan hormatnya, kami ingin memohon pertimbangan dan sokongan pihak dermawan bagi mendapatkan bantuan melalui tabung baik pulih bagi gerai-gerai penjaja kecil di sekitar kawasan pedalaman Sarawak. Sebahagian besar gerai yang digunakan oleh para penjaja ini berada dalam keadaan daif dan uzur, selain tidak dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air bersih, pencahayaan yang selamat, serta struktur fizikal yang kukuh.



Gerai-gerai ini merupakan sumber utama pendapatan harian bagi penjaja tempatan yang rata-ratanya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. Justeru, bantuan baik pulih ini amat diperlukan bagi memastikan keselamatan, kebersihan serta kelangsungan perniagaan kecil mereka terus terpelihara.



Pemberian atap dan asbestos untuk baiki keadaan gerai tersebut sedikit sebanyak telah memastikan gerai mereka dalam keadaan yang lebih baik.


Bantuan kewangan untuk baik pulih gerai


Diharapkan agar kempen ini dapat dipertimbangkan demi kesejahteraan komuniti penjaja kecil dan pembangunan ekonomi setempat di kawasan pedalaman Sarawak. Kami yakin dan percaya bahawa kempen ini akan berjaya kelak dan kita akan meneruskan siri kempen ini untuk beberapa fasa akan datang. InsyaAllah dengan adanya bantuan ini, kita akan mampu untuk membantu para peniaga ini untuk menjana pendapatan yang lebih lagi bagi dimanfaatkan oleh keluarga mereka.


“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang bersedekah pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya.”

(HR. Muslim, no. 2588)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 19, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 08, 2025

ZUBAIDAH BTE TUKIMAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 06, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 05, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Aug 15, 2025