PERTUBUHAN KEBAJIKAN AURA KASIH

Dimulakan pada Jan 16, 2023

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN SESI 2023

RM120 / 2.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita bersama-sama sekadar kemampuan untuk membantu keluarga yang kurang berkemampuan untuk memberi memberi bantuan awal persekolahan sesi 2023 ini kepada anak-anak mereka.


Assalamualaikum wbt, para dermawan dan para penyumbang yang dikasihi. Kami di Pertubuhan Kebajikan Aura Kasih terpanggil untuk menggerakkan kempen bantuan awal persekolahan sesi 2023 ini selepas beberapa siri kempen yang telah kami lakukan bersama NGO lain mendapat sambutan baik daripada penerima seperti bantuan banjir, bakul makanan, pelitup muka dan bantuan Hari Raya Aidilfitri. Hal ini kerana, kami mendapati ramai ahli keluarga yang berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan persekolahan anak-anak mereka.


Marilah kita menghulurkan sumbangan mengikut kemampuan kepada keluarga yang memerlukan bantuan pendidikan anak mereka untuk persekolahan sesi 2023.




Oleh itu, kami berasa adalah perlu untuk membantu keluarga yang kurang bernasib baik yang berada dalam kategori 'miskin bandar' di Kuala Lumpur ini. Objektif kami adalah untuk membantu anak-anak mereka yang dalam kategori ini menyediakan kelengkapan asas persekolahan seperti beg sekolah dan alat-alat tulis. Hasil sumbangan kempen ini, kami menyasarkan untuk membantu seramai 100 orang kanak-kanak. 




Semoga dengan sumbangan anda ini dapat membantu dan mengurangkan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan. Kepada para penyumbang, semoga dengan sumbangan ini, anda mendapat keredhaan Allah SWT dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda daripadaNYA. Marilah kita sama-sama menyumbang dan membantu anak-anak ini mendapatkan pendidikan yang sewajarnya di platform sumbangan.com.


“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 17, 2023

Kempen Sumbangan Tamat