BANTUAN BUAT ANAK ANAK MANGSA BANJIR BALING

RM1,010 / 10.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

39 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen tabung ini adalah untuk membeli peralatan sekolah khususnya beg, pakaian & peralatan menulis bagi menganti kelengkapan lalu yang telah rosak dan hilang akibat musibah kepala air Baling, Kedah.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Umum telah mengetahui kejadian banjir atau kepala air yang berlaku di Baling baru-baru ini dimana ia telah menariak perhatian seluruh negara menjelang Aidiladha. Berikut adalah statistik mangsa yang di dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada hari kejadian :



A. SMKA YAYASAN AL- KHAIRIAH

(Rumah Kakitangan)

1. Bil keluarga = 15 keluarga

2. Bil mangsa = 130 orang


B. SURAU AN NUR

1. Bil keluarga= 43  keluarga

2. Bil mangsa = 200 orang


C. SMK JERAI

1. Bil keluarga= 50 keluarga

2. Bil mangsa = 159 orang



Daripada jumlah mangsa ini sudah tentu ada pelajar sekolah, dan sebilanganya telah terjejas dari segi kelengkapan sekolah akiba rosak rumah dimasuki air malah ada rumah yang terus hilang dihanyutkan air deras semasa kejadian.



IKRAR BANTU menyasarkan untuk membantu 100 orang pelajar dalam menyediakan kelengkapan sekolah mereka.Sasaran RM10,000.00 diperlukan untuk menyediakan tersebut dimana anggaran seorang RM100. IKRAR BANTU merayu orang ramai dalam menjayakan kutipan tabung ini, sedikit sebanyak sumbangan kita dapat meringankan beban ibu bapa mereka dalam menghadapi musibah ini.


Ayuh mari kita sama-sama membantu meringankan beban anak-anak ini dengan membantu untuk mendapatkan barangan keperluan persekolahan yang baru. Jazakallahu khairan kathira.



Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke da-lam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 14, 2022

Kempen Sumbangan Tamat