Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM475 / 1.58 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
29 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sejak sekatan total dikenakan, kehidupan di Palestin menjadi semakin parah. Bantuan makanan, air bersih dan perubatan sukar untuk masuk. Setiap hari berlalu dengan penuh kesakitan, dan setiap jam dirasakan seperti pertarungan antara hidup dan mati. Kami baru menerima berita menyayat hati tentang Amro Al Hums, seorang anak kecil berusia 3 tahun yang dahulu ceria dan penuh senyuman.

Amro pernah menerima bantuan kita sebelum ini. Dia seorang anak yang penuh semangat, berlari, bermain dan ketawa. Namun segalanya berubah apabila serangan Zionis menghancurkan dunianya. Sebutir peluru kecil menembusi kepalanya. Kini Amro terbaring di katil hospital, tubuhnya semakin kurus, matanya tertutup tanpa suara, tanpa senyuman, tanpa gelak tawa.

Ribuan anak Palestin lain menghadapi nasib yang sama yang masih hidup, terus berjuang dalam kesakitan, dan yang lain telah syahid dalam ketidakadilan. Hospital-hospital kekurangan ubat, kekurangan doktor, kekurangan segalanya. Humanity akan terus mengirimkan bantuan, terutamanya bantuan perubatan seperti:
1. Ubat-ubatan dan antibiotik
2. Alat rawatan luka dan trauma
3. Susu dan makanan berkhasiat untuk anak-anak
4. Keperluan kecemasan di hospital lapangan

Dengan izin Allah, kita tidak akan berhenti membantu. Untuk Amro. Untuk anak-anak Palestin. Untuk semua nyawa yang tidak bersalah. Ayuh, mari kita teruskan perjuangan ini. Sedekah anda boleh menjadi ubat, boleh menjadi harapan, dan boleh menjadi sebab Amro dan rakan-rakannya terus hidup. Jangan biarkan mereka menanggung derita ini seorang diri.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Saudara seiman yang dirahmati Allah,
Walaupun telah diumumkan gencatan senjata pada 20 Oktober 2025, realiti yang sedang berlaku di Gaza Strip menunjukkan bahawa derita rakyat Palestin masih berlanjutan dan semakin memburuk.

Kenapa Kita Tidak Boleh Berhenti?
1. Ribuan keluarga masih hidup dalam khemah atau bangunan rosak, dengan bekalan makanan asas dan air bersih yang sangat terhad.
2. Kanak-kanak menghadapi ancaman kelaparan dan malnutrisi yang teruk, manakala sistem kesihatan hampir lumpuh.
3. Setiap hari yang berlalu tanpa tindakan adalah satu hari lagi penderitaan mereka yang tidak berdosa.

ASAR Humanity kekal komited untuk terus menghantar bantuan makanan panas, stok makanan serta keperluan asas ke dalam kem pengungsian Palestin. Bukan sekadar untuk menjaga mereka hidup, tetapi menjaga harapan mereka untuk hidup layak dan bermaruah.
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Ma’idah: 2)
d
Mari kita berdiri bersama saudara-saudara kita di Gaza. Setiap sen sedekah, setiap doa dan setiap perkongsian — adalah suara keadilan yang tidak akan padam.
Kita tidak akan berhenti, selagi tangisan anak-anak Palestin masih terdengar.
Semoga Allah SWT menerima amal kita semua.
#SelamanyaJagaPalestina

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 01, 2025
SOFEA MOHD FRAZIALI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 01, 2025
MOHD FUAD BIN ABDUL HAZIZ
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 01, 2025