MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Mar 08, 2023

BANTUAN SISTEM SIAR RAYA UNTUK SYIAR ISLAM DI SURAU MAAHAD TAHFIZ

RM195 / 3.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTUAN SISTEM SIAR RAYA UNTUK SYIAR ISLAM DI SURAU MAAHAD TAHFIZ. JADILAH PENYUMBANG TERCEPAT DALAM SEDEKAH JARIAH.


Surau Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah yang baharu siap dibangunkan sehingga kini masih tidak miliki speaker dan peralatan sistem siar raya untuk mengumandangkan azan dan melantunkan ayat-ayat suci agar surau tersebut penuh dengan nada alunan syiar Islam. Keadaan maahad tahfiz masih kekurangan fasiliti yang lengkap dan mencukupi. Tujuan peralatan sistem siar raya tersebut akan digunakan untuk azan, majlis ilmu dan juga kegiatan belajar Al-Quran pelajar tahfiz.



Sehubungan dengan itu, pihak maahad membuka peluang untuk beramal jariah bagi menghadirkan peralatan sistem siar raya untuk surau maahad yang baharu. Insya-Allah kebaikan ini akan menjadi saham akhirat, amal soleh yang dilipatgandakan 700 kali lipat dan amal jariah yang pahalanya terus mengalir di setiap lantunan azan, tilawah Al-Qur'an, majlis taklim dan dakwah di surau ini.



Bantuan peralatan sound system meliputi speaker, pembesar suara, mic wireless, mikrofon dan standing mic. Peralatan pembesar suara itu amat diperlukan para pelajar di maahad untuk memudahkan mereka melaungkan azan. Hal ini kerana azan adalah seruan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia.



Suara panggilan merdu dari Sang Pencipta akan mudah kedengaran di komuniti penduduk Ayer Hitam dan juga warga maahad dengan kewujudan sistem siar raya. Tambahan pula, apabila Ramadhan tiba nanti memerlukan speaker di surau pada umumnya akan selalu melantunkan selawat, takbir yang menambah suasana Ramadhan selalu membekas dalam ingatan.



Semoga setiap lantunan azan, tilawah Al-Quran, perputaran taklim dan dakwah di pondok ini, pahalanya mengalir kepada para penyumbang. Pahalanya mengalir kepada para penyumbang apabila semakin banyak orang yang memanfaatkannya, maka semakin bertambah pula pahalanya.


“Apabila manusia meninggal dunia maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga hal: sadaqah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HSR

Menyumbang sebanyak RM15.00

Mar 10, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Mar 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 09, 2023

MOHAMMAD SHAFIQ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 09, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 09, 2023

Kempen Sumbangan Tamat