MUSLIM CARE MALAYSIA SOCIETY

Dimulakan pada Mar 20, 2024

BANTUAN KECEMASAN MANGSA PERANG SYRIA

RM3,404 / 6.81 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

106 Penyumbang

1 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Adakah kita tahu bahawa keadaan krisis di Syria boleh dikatakan jauh lebih teruk daripada apa yang berlaku di Gaza? Jom bersama membantu saudara Syria kita di bulan Ramadan ini.


Krisis pelarian Syria bermula pada Mac 2011 akibat tindakan keras kerajaan terhadap demonstrasi awam yang menyokong remaja yang ditangkap kerana grafiti anti-kerajaan di bandar selatan Daraa. Penangkapan itu mencetuskan demonstrasi awam di seluruh Syria yang ditekan dengan kejam oleh pasukan keselamatan kerajaan mereka sendiri. Konflik itu dengan cepat memuncak dan negara itu terjerumus ke dalam perang saudara yang memaksa jutaan keluarga Syria melarikan diri daripada tanah air mereka untuk terus hidup.



DAN KINI…KEKEJAMAN DI SYRIA JAUH LEBIH TERUK, LEBIH SADIS



Tiga belas tahun kemudian, konflik itu masih berterusan dan rakyat Syria terus menerima kesannya. Pertumpahan darah berlaku setiap hari, nyawa mereka yang tidak berdosa menjadi taruhan.


Wanita dan kanak-kanak Syria dirogol di hadapan suami dan bapa mereka malah perbuatan melampau demikian turut dilakukan di dalam masjid ahli Sunnah wal Jamaah. -memetik kata Sheikh Muhammad Ali Al Sabuni (Pengerusi Majlis Ulama Syria)



Malah ramai antara mereka disembelih tiap hari namun mereka tidak menerima bantuan atau perhatian sewajarnya dari dunia termasuk dari media.



LARI, ADALAH JAWAPAN KEPADA RAKYAT SYRIA UNTUK TERUS HIDUP…


Serangan tentera udara Russia di bawah persetujuan Presiden Syria, Bashar Al-assad melakukan serangan di barat Syria, utara bandar Homs, iaitu kawasan yang terkenal dengan sentimen anti kerajaan.



Berikutan serangan itu, rakyat Syria melarikan diri, cuba mencari perlindungan di negara jiran, Turkiye. Bagaimanapun, peningkatan kehadiran pelarian di sempadan Syria-Turkiye menyukarkan proses kemasukan sehingga mengakibatkan mereka terkandas selama berbulan-bulan dan akhirnya mewujudkan ratusan kem di utara Syria.



Menurut Program Makanan Sedunia (WFP), agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih separuh penduduk Syria kelaparan, dengan kira-kira 12.1 juta mengalami masalah kekurangan makanan, manakala hampir tiga juta lagi berisiko mengalami kelaparan.




LEBIH SEDEKAD! JERITAN DAN RAYUAN MEREKA TIDAK MENDAPAT PERHATIAN! INI MASANYA! KITA BUKA MATA!


Selepas segala kekejaman dan pembunuhan terus berlaku kepada rakyat Syria, adakah kita mahu membutakan mata, memekakkan telinga daripada membantu?


Kita telah buktikan semangat orang muslim yang kuat dalam membantu dan mendoakan saudara kita di Palestin. Mengapa kita tidak boleh lakukan perkara yang sama kepada krisis yang berlaku di Syria sekarang ini?




Hanya kerana kita tidak dapat melihat kekejaman itu di depan mata, tidak semestinya kita harus terus mengendahkan semua itu tanpa perhatian dan bantuan yang selayaknya mereka terima. Atas sebab itu, Muslim Care Malaysia menganjurkan kempen bantuan kepada pelarian Syria



Dengan berbekalkan kasih sayang dan semangat kemanusiaan, kami merancang untuk melancarkan sebuah kempen pengumpulan dana, bertujuan untuk menghulurkan bantuan kepada saudara-saudara kita yang terperangkap dalam cengkaman konflik yang menekan dan berterusan.




Bantuan yang kami niatkan meliputi aspek makanan, keperluan asas, perlindungan, ubat-ubatan, dan pendidikan. Semua yang diperlukan untuk membangunkan semula kehidupan mereka yang telah hancur.


Setiap sumbangan, tidak kira sekecil mana pun, menyalakan harapan bagi mereka yang berjuang untuk bertahan. Ini bukan hanya tentang memberi, tetapi tentang menghubungkan jiwa, mengukir harapan, dan membina masa depan yang lebih baik untuk anak-anak yang kehilangan arah dan keluarga yang telah kehilangan segalanya.




Kempen ini merupakan panggilan untuk bertindak dan sebuah peluang untuk menunjukkan empati dan solidariti kita. Dengan bantuan sumbangan anda, kita dapat membuka pintu kepada kemungkinan baru, memberi mereka kekuatan untuk berdiri kembali, dan mengajar mereka untuk bermimpi dalam dunia yang telah lama melupakan tentang kedamaian.


Mari bersama-sama Muslim Care Malaysia dan sumbangan.com dalam membantu pelarian-pelarian Syria yang memerlukan bantuan dan perhatian daripada semua masyarakat dan global melalui sumbangan ikhlas anda.




"Dari Nu’man bin Basyir RA, Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam hal saling mengasihi, mencintai, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga dan panas (turut merasakan sakitnya).”

(HR Bukhari no 6011 dan Muslim no 2586).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 19, 2024

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 09, 2024