Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM855 / 21.38 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000
53 Penyumbang
1 Baki Hari
Tuan dan Puan, berita sedih menyelubungi saudara-saudara kita etnik Rohingya di mana setakat 16 November 2022 seramai 119 warga etnik Rohingya terkandas di Meunasah Baro, Aceh, Indonesia. Seramai 61 lelaki, 36 perempuan, 12 anak-anak lelaki dan 10 anak-anak perempuan.
Ini bukan kali pertama mereka terkandas, beberapa bot kayu yang dinaiki mengalami perkara yang sama. Etnik Rohingya mengharungi lautan berhari-hari bukan tanpa sebab, namun konflik yang berlaku di negara mereka dan adanya diskriminasi serta ketidaksamaan sosial menjadi salah satu puncanya.
Pada masa ini keadaan mereka berada di Gampong Meunasah Baro dan sedang menunggu untuk dipindahkan ke Aceh Utara atau Medan di Indonesia. Mereka memerlukan bantuan dan sokongan kita dari segi keperluan makanan, tidur, bantuan kesihatan dan sebagainya. Ayuh sama-sama membantu warga Rohingya melalui sedekah terbaik yang kita sumbangkan kepada mereka.
Hikmah membantu orang lain, inshaAllah kita akan mendapat beberapa faedah, antaranya:
1. Menjadi manusia yang mempunyai sifat-sifat yang dicintai oleh Allah SWT
2. Permudahkan urusan, baik di dunia mahupun di akhirat
3. Mendapat rahmat dari Allah SWT
4. Mendapat keampunan dan dinaikkan darjat pada hari akhir
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 25, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Jan 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 22, 2023