Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN KEBAJIKAN IKRAR NEGERI KEDAH
Dimulakan pada Sep 15, 2022
RM3,900 / 78.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
168 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Moga tuan/puan kekal dalam rahmat Allah. Ikrar Bantu kali ni menggerakkan tabung untuk membantu asnaf daif yang mengalami masalah keperluan barangan dapur dan survivor. Bantuan ini adalah one-off dimana bantuan tunai untuk dalam keadaan tertentu yang mendesak hingga tiada langsung bekalan makanan.
Bantuan tunai adalah RM200 untuk satu isi rumah, sasaran adalah untuk bantu 25 keluarga dan anggaran adalah RM5000 untuk keseluruhan untuk tabung ini. Dengan bantuan one-off ini, mereka dapat membeli barang keperluan yang tidak cukup atau apa sahaja termasuk wang belanja anak-anak ke sekolah. Percayalah, masih ramai yang amat menagih bantuan seumpama ini demi kelangsungan hidup masing-masing.
Sikap membantu orang yang kesusahan ini adalah sifat orang-orang yang beriman. Yahya bin Muaz seorang tokoh sufi kurun ketiga pernah berpesan:
حبك الفقراء من أخلاق المرسلين ، وإيثارك مجالستهم من علامة الصالحين ، وفرارك من صحبتهم من علامة المنافقين
“Kecintaanmu pada orang-orang fakir miskin adalah akhlak para Nabi, menyantuni mereka dengan duduk bersama mereka adalah tanda-tanda orang yang soleh dan menjauhi mereka daripada mendampingi mereka adalah tanda-tanda orang munafik.” (Ittihaf Sadah al-Muttaqin)
Sedikit sumbangan tuan/puan amat bermakna pada mereka, apatah lagi bersedekah di hari jumaat yang mulia, penghulu segala hari.
“Bertaqwalah kamu sekalian kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dipersiapkan buat dirinya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah”
(QS. Al-Hasyr: 18)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 30, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 30, 2022
ROSLAN AWANG CHIK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 26, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 23, 2022