YAYASAN GLOBAL SEDEKAH MOVEMENT

Dimulakan pada May 22, 2025

ATUK AGUS BERTAHAN HIDUP DARI SEKEPING SAMPAH

RM320 / 0.64 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

21 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sahabat kebaikan, marilah kita bantu ringankan beban mereka. Jangan biarkan hari tua atuk dan masa muda Niky terus dihuni kesusahan. Jom bantu!


Terik panas mentari dan pantulan dari jalan tidak pernah mampu melemahkan semangat Kakek Agus Supeno (62 tahun) untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup bersama anak tunggalnya yang sedang sakit.



Setiap hari, Kakek mengayuh basikal lamanya sejauh puluhan kilometer, menyusuri lorong-lorong sempit dan kawasan kampung. Di bahagian belakang basikalnya, tergantung sebuah guni besar untuk mengumpul barang-barang terpakai. Namun, Kakek tidak bersendirian. Di atas basikal yang sama, duduk lemah anaknya, Niky Anugerah Suseno (21 tahun) yang menghidap masalah tulang rawan, kegagalan buah pinggang, dan saraf terhimpit. 


Dalam keadaan sakit dan tubuh yang lemah, Niky tetap setia menemani Kakek mencari rezeki. Dia duduk diam sambil sekali-sekala membantu memilih barang terpakai yang masih boleh dijual.



“Anak saya tak mahu duduk diam di rumah. Katanya, walaupun sakit, dia nak temankan Kakek. Kadang-kadang bantu tengok-tengok botol atau kotak dari atas basikal,” kata Kakek dengan mata bergenang air mata.


Dalam sehari, hasil mengutip barangan terpakai hanya sekitar 5-10RM. Namun, beliau tetap bersyukur kerana masih boleh membeli nasi untuk mereka berdua. Niky juga menjadi sebab utama untuk terus kuat, terus mengayuh basikal, dan terus percaya pada harapan.


“Kalau anak saya makan, saya rasa kenyang juga. Saya cukup dengan air kosong saja,” luah Kakek.


Sejak pemergian isteri tercinta 18 tahun lalu, mereka hanya berdua, saling menguatkan antara satu sama lain.



Namun kini, dengan pendapatan yang sangat sedikit, Kakek perlu berusaha lebih gigih untuk membahagi duit bagi makan, membayar sewa rumah kecil, dan jika ada rezeki, Kakek berharap dapat membuka perniagaan kecil di rumah supaya tidak perlu keluar dan boleh fokus menjaga Niky.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 26, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 26, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 25, 2025

MISBA

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 25, 2025

Kempen Sumbangan Tamat