SEDEKAH JUMAAT BAIKI RUMAH ASNAF

RM2,431 / 4.86 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

86 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

IKRAR BANTU sedang menggerakkan kempen baiki rumah asnaf, dengan sumbangan daripada orang ramai, IKRAR BANTU menggerakkan sukarelawan untuk membaikinya.

Gambar ini adalah salah satu rumah yang pernah kami kunjungi, seolah-olah rumah warga asing, namun ianya adalah rumah orang tempatan dimana ketua rumah ini adalah nelayan. Rumah ini tidak dilengkapi kemudahan asas, tiada elektrik manakala bekalan air pula bergantung kepada air yang dihantar pihak berwajib.


Demikian warna-warna kehidupan, ada lagi rumah sebegini di kawasan sekitar , bayangkan semasa tengahari kipas pon tidak ada untuk mendinginkan keadaan di dalam rumah, kami yang berkunjung ketika itu terasa bahang lantai. Kekurangan ini menyebabkan anak-anak tidak betah berada di rumah dan merayau-rayau di kawasan sekitar, ini adalah punca pelajaran terabai.


Kemiskinan adalah penyakit kepada pelbagai gejala sosial, mereka seperti kita inginkan tempat berteduh untuk anak-anak selesa tinggal didalamnya tetapi keadaan tidak mengizinkannya. Ruang yang sempit dan panas, bocor pulak dikala hujan membuatkan anak-anak lebih selesa di luar rumah.


IKRAR BANTU berhasrat untuk membantu keluarga-keluarga sebegini, dengan apa yang ada kita bantu, sekurang-kurang dapat menampal bumbung agar tidak bocor ketika hujan itu sudah cukup baik. Kita perbaiki kemudahan asas agar ada elektrik dan air supaya ada paip dan kipas yang berpusing.


Diriwayatkan daripada Ibnu Umar, bahawa datang seorang lelaki kepada Nabi dan bertanya: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling dicintai oleh Allah? Apakah amalan yang disukai Allah”

Dalam hadis berkenaan menerangkan, golongan pertama yang dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat kepada manusia.


Moga sedikit ihsan daripada Tuan dan Puan, dapat memberikan senyuman kepada mereka.





Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

  • Mar 16, 2022


  • Mar 16, 2022


  • Mar 16, 2022


  • Mar 16, 2022


  • Mar 16, 2022


Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Nov 26, 2021

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 21, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 20, 2021

Kempen Sumbangan Tamat