PERTUBUHAN DARUL KIFAYAH

Dimulakan pada Jul 02, 2021

KEMPEN SAHUT BENDERA PUTIH 1 RUMAH 1 SET BANTUAN

RM7,542 / 100.56 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,500

323 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Mereka terpaksa mengibarkan bendera putih ini untuk meminta bantuan. Inilah masanya kita hulurkan bantuan. Hari ini kita bantu mereka, pasti Allah tahu dan bantu kita.

BANTUAN UNTUK BENDERA PUTIH

 

Pertubuhan Darul Kifayah telah melancarkan program membantu bagi mereka-mereka yang terkesan dari segi ekonomi akibat pandemik covid 19 ini. Ramai yang telah hilang pekerjaan dan sumber pendapatan. Sehingga ada yang terpaksa mengibarkan bendera putih dalam memohon bantuan.

 

Mereka terpaksa mengibarkan bendera putih, meletakkan rasa malu ketepi dengan harapan mendapat perhatian, pertolongan dan sumbangan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup mereka dan keluarga.

 

*Seorang Mukmin Tidak Akan Membiarkan Jirannya Kelaparan*

 

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ , عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:لَيْسَ الْمُؤْمِنُ بِالَّذِي يَشْبَعُ وَجَارُهُ جَائِعٌ.

 

*Dari Ibnu Abas dari Nabi SAW: Tidak termasuk orang mukmin, orang yang kenyang sementara tetangganya kelaparan*_ (HR at Tabrani No:  12579) Status: Sahih

 

Dalam hal ini, Pertubuhan Darul Kifayah telah menggerakkan kempen dalam membekalkan bantuan barangan asas keperluan dapur kepada mana-mana individu atau keluarga yang menetap di kawasan sekitar Seri Kembangan, Bangi atau Kajang yang terkesan dari segi ekonomi berikutan pandemik Covid-19.

 

Seterusnya mengajak semua untuk turut serta menyumbang dalam kempen ini agar bantuan dapat disalurkan kepada lebih ramai lagi yang memerlukan. Bantuan yang akan disalurkan adalah berupa barangan keperluan dapur dan makanan kering.

 

Tiada syarat agama, bangsa atau warna kulit untuk kita memberi bantuan. Semua insan adalah perlu untuk dibantu kerana asal kejadian kita adalah dari tanah dan semuanya akan kembali kepada tanah.

 

“Hendaklah orang yang mempunyai keluasan memberi nafkah menurut kemampuannya, dan orang yang terbatas rezekinya, hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak membebani kepada seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan.” (Surah At-Talaq, ayat 7)

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

 



Jazakallahukhairankasira 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 12, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 12, 2021

DZULKARNAIN MUHAMAD

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 12, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 12, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 12, 2021

Kempen Sumbangan Tamat