Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Oct 09, 2025

RAYUAN BANTU SIAPKAN RUMAH PENDAKWAH MUALAF

RM5,590 / 55.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

167 Penyumbang

27 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Shawawie seorang mualaf berjaya menyiapkan “Rumah Allah” (Surau) di kampungnya yang kebanyakan juga mualaf, namun rumah dia sendiri terbengkalai. Ayuh kita bantu siapkan rumah pendakwah ini.


Mohd Shawawie Tham adalah seorang mualaf, berasal dari Keningau, Sabah. Beliau mendapat pendidikan Islam di Pusat Latihan Saudara Baru Sungai Petani, Kedah. Di situlah juga dia berkahwin dengan orang Kedah.



Rumah beliau terbengkalai akibat kekangan kewangan. Jika rumah ini siap, beliau tidak perlu lagi menyewa.



Setelah tamat pengajian, beliau kembali ke Keningau bersama isteri menjadi seorang pendakwah yang ikhlas dan dedikasi dalam menyebarkan agama yang murni ini khususnya di Keningau. Kini hampir 22 keluarga telah memeluk Islam di sini.



Pembinaan Surau Al-Falah


Antara usaha beliau yang berjaya ialah mengambil initiatif meminta bantuan NGO lain untuk pembinaan Surau Al-Falah, surau yang pertama didirikan di Kampung Mentatap-Sumbiling Baharu, yang mana majoriti jemaahnya adalah mualaf juga.



Surau Al-Falah siap dan solat berjemaah didirikan dengan Mohd Shawawie sendiri menjadi imam.


Untuk nafkah, beliau bekerja sebagai pemandu e-hailing, dengan pendapatan yang tidak menentu. Isteri beliau pula hanya bekerja sebagai pengasuh untuk menyara keluarga. Dengan dua orang anak lagi, beliau tidak mampu menyewa rumah dan membayar ansuran kereta lagi.



Oleh itu, Mohd Shawawie mengambil keputusan membina rumah sendiri di atas sebidang tanah miliknya. Namun, disebabkan kekangan kewangan dan tiada pendapatan tetap, pembinaan rumah impiannya terhenti setelah 60% siap dibina. Lalang sudah memenuhi sekiling rumah ini.



Ini menyebabkan kerja-kerja dakwah dan pengurusan Surau Al-Falah terganggu. Beliau terpaksa fokus dengan kerja-kerja lain untuk mencari dana pembinaan rumah dan nafkah untuk keluarga.


Kami ingin mengumpul RM10,000 untuk membantu menyiapkan rumah ini, iaitu untuk kerja-kerja bina siling, menyimen, tandas, cat dan wiring. Beliau satu-satunya pendakwah kami di sana. Apabila siap rumah ini, dia dan isteri boleh menumpukan sepenuhnya kepada dakwah dan pengimarahan Surau Al Falah.



Sumbangan anda, walau sedikit, bukan sahaja memberikan rumah untuk berteduh juga akan menyumbang beliau terus aktif berdakwah dan mengimarah surau yang jemaahnya semua mualaf iaitu semua mereka dari agama lain.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 22, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 22, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 22, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 22, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Oct 22, 2025