YAYASAN LANGKAH MAJU PEDULI

Dimulakan pada Oct 10, 2024

BANTU BINA SURAU AL MUHAJIRIN DI PEDALAMAN ACEH

RM50 / 0.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

5 Penyumbang

75 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bergabung bersama dan alirkan pahala dengan membina Surau al-Muhajirin di Pedalaman Aceh.


Surau al-Muhajirin merupakan tempat ibadah umat Islam yang terletak di dusun Sosor, pedalaman wilayah Aceh. Surau sederhana ini bersaiz kecil namun manfaatnya tidak sekecil saiznya. Manfaatnya yang besar bagi dusun sederhana yang dihuni oleh 100 orang memberikan impak yang bermakna bagi penduduk dusun Sosor sekitarnya. Surau yang bersaiz 8x8 ini menjadi pusat ibadah umat Islam dan juga menjadi pusat aktiviti penduduk dusun Sosor, di pedalaman wilayah Aceh.


Surau al-Muhajirin terletak sangat jauh dari pusat bandar Aceh, dengan perjalanan selama 14 jam dari bandar ke dusun Sosor di mana Surau al-Muhajirin berada. Selain jaraknya yang sangat jauh, laluan perjalanannya juga cukup ekstrem dan menyulitkan bagi mereka yang ingin memberikan bantuan kepada Surau al-Muhajirin.



Keadaan terkini Surau al-Muhajirin, selain jaraknya yang sangat jauh dan laluan perjalanannya yang sangat ekstrem, Surau al-Muhajirin juga berada dalam keadaan fizikal yang sangat darurat. Lantainya yang diperbuat daripada kayu yang sudah reput boleh menjadi sangat berbahaya bagi jemaah surau yang berada di sana. Belum lagi dinding kanan, kiri, dan belakang yang sangat terbuka, menjadi cabaran bagi umat Islam di dusun Sosor untuk melaksanakan ibadah di Surau al-Muhajirin.



Alhamdulillah, pada masa ini kami dari pasukan Laju Peduli sudah berusaha untuk mengumpulkan dana dan derma melalui platform dalam talian dan kempen derma melalui saluran-saluran lain. Insya-Allah, melalui platform sumbangan.com, semua kutipan derma untuk membantu pembinaan Surau al-Muhajirin di pedalaman Wilayah Aceh dapat disalurkan dan menjadi amal jariah bagi #SahabatHebat yang telah membantu pembinaan dan renovasi Surau al-Muhajirin.



Kami memerlukan dana sekitar RM20,000, yang Insya-Allah akan kami gunakan untuk:


1. RM3,000 untuk simen

2. RM2,000 untuk genting

3. RM2,500 untuk permaidani surau

4. RM4,000 untuk Al-Quran

5. RM3,000 untuk cat surau

6. RM2,000 untuk pasir bagi membina surau

7. RM1,500 untuk batu bata

8. RM2,000 untuk gaji pekerja.


Sebagai negara dengan populasi Muslim kedua terbesar, kami mengajak para #SahabatHebat untuk mengambil peduli terhadap saudara sesama Muslim kita yang berada di pedalaman Wilayah Aceh, dusun Sosor.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 11, 2024