ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Oct 09, 2023

RAYUAN BANTUAN KECEMASAN GAZA

RM1,057 / 1.06 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

38 Penyumbang

29 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Konflik terkini Palestin-Israel telah sampai ke kemuncaknya apabila Israel telah mengisytiharkan perang terhadap Palestin. Palestin amat mengharapkan bantuan kita terutamanya bantuan pek makanan.


Setelah sekian lama ditindas dan hidup dalam kepungan penjajah, akhirnya selepas subuh pada 7 oktober 2023, pihak pejuang kemerdekaan Palestin telah melancarkan satu serangan mengejut yang sama sekali tidak disangka oleh penjajah Israel. Operasi yang dinamakan 'Taufan Al-Aqsa' ini menyasarkan penempatan haram Israel dan kem tentera di Selatan Palestin/Semenanjung Gaza.



Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam respon segera telah mengisytiharkan perang terhadap para pejuang dan kali terakhir pengisytiharan perang oleh Israel telah dibuat pada tahun 1973. Dengan pengisytiharan perang ini, dapat dijangkakan situasi akan bertambah meruncing dan sudah pasti lebih ramai saudara seagama kita akan syahid dan cedera. Setakat 8 Oktober 2023, Al-Jazeera melaporkan 413 orang rakyat Palestin telah gugur syahid manakala beribu-ribu yang lain dilaporkan cedera.



Israel telah mengerahkan pasukan tentera simpanan mereka seramai 100,000 orang untuk bersiap sedia bagi memerangi para pejuang Palestin dengan segala aset ketenteraan yang canggih dan berteknologi tinggi telah dikerahkan ke Semenanjung Gaza. Kita semua maklum, Israel adalah sebuah negara haram yang terbina atas darah dan air mata rakyat Palestin yang memperjuangkan tanah air mereka daripada dirampas.



Hari demi hari setiap inci tanah palestin dijajah dan dirampas oleh Israel untuk membina penempatan haram pendatang Yahudi. Ibarat pengemis di negara sendiri, rakyat Palestin telah dikepung dan disekat kebebasan mereka untuk hidup dalam tanah air mereka sendiri. Israel mengawal segala keperluan asasi penduduk Palestin terutama mereka yang tinggal di Semenanjung Gaza. Gaza boleh diibaratkan seperti penjara terbuka bagi 600,000 rakyat Palestin yang kini sedang dikepung dari semua arah samada dari darat, laut dan udara.



Justeru itu, Iltizam Relief Society ingin mengajak anda dan seluruh umat Islam untuk sama-sama kita bersolidariti bersama rakyat Palestin. Kita doakan supaya mereka terus tabah dan bertahan untuk menghadapi segerombolan tentera musuh yang telah sekian lama memusuhi Islam dan umatnya. Sumbangan anda amat diperlukan segera.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 21, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 08, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 24, 2024