PERTUBUHAN KEMANUSIAAN TANPA SEMPADAN

Dimulakan pada Feb 15, 2024

GAZA KELAPARAN BANTU RAKYAT GAZA SEGERA

RM222 / 0.74 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

11 Penyumbang

30 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTUAN KECEMASAN GAZA, PALESTIN YANG TELAH DIGERAKKAN DAN DISAMPAKAN SEBANYAK 13 FASA. KAMI MENYERU MASYARAKAT UNTUK TERUS MEMBANTU RAKYAT GAZA YANG SEDANG KELAPARAN DAN MENGHADAPI KEMATIAN DAHSYAT.


Setelah masuk peperangan hari yang ke-132, peperangan Taufan Al-Aqsa nampaknya tidak nampak tanda-tanda akan berakhir di waktu terdekat. Tentera Israel dan sekutunya terus menerus membedil keseluruhan Gaza tanpa mempedulikan nasib sengsara yang dihadapi rakyat Gaza tidak kira anak kecil, bayi, wanita mahupun warga emas. 




Kehancuran Wilayah Gaza dan kepadatan rakyat Gaza yang menjadi pelarian dari seluruh pelusuk Gaza dan sekarang kebanyakan hanya bertumpu di bahagian selatan Rafah. Kira-kira 1.6 juta rakyat gaza yang berada di kawasan Rafah selain masih ada lagi rakyat Rafah yang masih teguh mempertahankan tanah air mereka di Beit Hanoun, Jabaliya, Deir Balah, Bandar Gaza dan Khan Younis.




Apa yang menyedihkan khususnya diwilayah utara Gaza iaitu Beit Hanoun, Jabaliya dan Gaza City mereka sudah tidak mendapatkan apa-apa sebarang makanan sudah hampir 100++ hari. Paling dahsyat adalah sudah ratusan anak kecil, bayi, wanita dan warga emas mati syahid bukan sahaja kerana cedera parah, malah kerana ketiadaan sumber makanan.




B-Humanity bersama beberapa Rakan NGO Strategik mengambil inisiatif pantas dengan membantu rakyat Gaza dalam mengharungi situasi cemas kelaparan. Alhamdulillah sejak Oktober 2023 sehingga kini, B-Humanity telah menyalurkan hampir 13 Fasa Bantuan kepada Rakyat Gaza.







SUMBANGAN FASA 1 - MAKANAN PANAS



SUMBANGAN FASA 2 - KOTAK MAKANAN


SUMBANGAN FASA 2 - SUSU DAN PAMPERS



SUMBANGAN FASA 3 - MAKANAN PANAS



SUMBANGAN FASA 4 - BAKUL SAYURAN



SUMBANGAN FASA 5 - DAPUR RAKYAT



SUMBANGAN FASA 6 - DAPUR RAKYAT



SUMBANGAN FASA 7 - SUSU DAN PAMPERS



SUMBANGAN FASA 8 - DAPUR ROTI PANAS



SUMBANGAN FASA 9 - DAPUR ROTI KDT



SUMBANGAN FASA 10 - AGIHAN FIDYAH



SUMBANGAN FASA 11 - BANTUAN PAKAIAN SEJUK



BANTUAN FASA 12 - BANTUAN TUNAI



BANTUAN FASA 13 - BAKUL MAKANAN



“Wahai anak Adam, Aku minta makan kepadamu, tetapi kamu tidak mau memberikan makan kepada-Ku”. Orang itu bertanya, “Wahai Tuhan, bagaimana caranya aku memberi makan kepada-Mu, sedang Engkau Tuhan penguasa alam semesta?” Allah menjawab, “Ketahuilah, apakah kamu tidak peduli terhadap seorang hamba-Ku, yakni si fulan. Ia telah datang meminta makan kepadamu, namun kamu tidak memberinya makan. Ketahuilah, sekiranya kamu mahu memberinya makan, maka kamu akan mendapati-Ku di sisinya.” 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 23, 2024

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM12.00

Feb 20, 2024