MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 15, 2023

BANTU HADIRKAN VAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT

RM140 / 0.09 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH BERSAMA-SAMA MEREBUT PELUANG UNTUK MENGUMPULKAN SAHAM AKHIRAT DENGAN MEMBERIKAN SUMBANGAN SEBUAH VAN YANG AKAN MEMUDAHKAN PENGANGKUTAN PARA PELAJAR DI MAAHAD KAMI UNTUK PERGI MENUNAIKAN SOLAT.


Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Hidayah dengan rendah hati merayu kepada saudara-saudari sekalian untuk memberikan sumbangan ikhlas bagi tujuan membeli sebuah van yang akan menjadi medium penting dalam memudahkan pergerakan para pelajar kami untuk pergi menunaikan solat Jumaat. Kehadiran van ini juga akan memberi manfaat yang jauh lebih luas, di mana ia akan digunakan untuk pengangkutan pelajar-pelajar kami dalam menjalankan aktiviti keagamaan lain di luar maahad seperti solat jenazah, majlis bacaan Yasin dan tahlil, serta majlis ilmu di kawasan sekitar.



Sumbangan van ini sangatlah penting bagi pelajar-pelajar tahfiz kami agar mereka dapat pergi dengan selamat dan tepat pada waktunya untuk menunaikan solat Jumaat. Dengan adanya kemudahan van ianya dapat memastikan para pelajar ini dapat menghadiri solat Jumaat tanpa perlu merasa tertekan oleh masalah pengangkutan.



Hari Jumaat adalah suatu waktu yang amat istimewa dalam Islam. Ia merupakan hari di mana para umat Islam berkumpul untuk menyempurnakan ibadah solat Jumaat dan memperkuat hubungan dengan Allah SWT. Dengan adanya van ini, kami ingin memastikan para pelajar kami dapat menjalankan ibadah tersebut dengan lebih lancar, tanpa perlu merisaukan masalah pengangkutan.



Akhir kata, setiap sumbangan yang diberikan akan menjadi jalan bagi saudara-saudari sekalian untuk memiliki saham dalam setiap ibadah dan aktiviti yang dilakukan oleh para pelajar kami. Marilah kita bersama-sama berbuat kebaikan dan meraih pahala berterusan melalui sumbangan ikhlas ini. Semoga Allah SWT merahmati usaha kalian dalam mewujudkan keselesaan dan kemudahan untuk para pelajar kami menunaikan ibadah solat di hari Jumaat. Jazakumullahu khairan jaza


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat