TABUNG BANTUAN IBU TUNGGAL KEDAH

RM935 / 9.35 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

39 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Orang yang membantu ibu tunggal dan orang miskin yang serba kekurangan, ganjarannya seumpama orang yang berjihad dijalan Allah atau yang melakukan qiamullail di malam hari dan berpuasa sunat di siang.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini IKRAR BANTU menggerakkan kempen untuk membantu ibu tunggal yang terdesak membesarkan anak-anak akibat kekangan kemiskinan. Kempen ini bukanlah untuk mengeluarkan mereka daripada kemiskini tetapi cukup untuk membantu mereka seketika dalam menyara keluarga dan memberi pendidikan anak-anak mereka.



Telah ramai anak-anak yang daripada keluarga sebegini telah tercicir pendidikannya akibat tiada wang ke sekolah. Sungguhpun terdapat pelbagai bantuan yang disediakan pihak sekolah, tetapi duit belanja yang terpaksa dikongsi dengan adik beradik lain yang ramai membuatkan mereka memilih untuk bekerja.



Seperti mana yang dikatakan tadi, kempen ini bukanlah untuk mengeluarkan mereka daripada kemiskinan tetapi untuk memastikan perut yang lapar terisi, dapur mereka kekal berasapp kerana ada yang benar-benar memerlukan bantuan kita. IKRAR BANTU menyasarkan untuk membantu dari segi kewangan kepada 50 keluarga ibu tunggal iaitu RM200.00 kepada 1 keluarga. Walaupun bersifat sementara, sekurang-kurangnya beban mereka terangkat seketika dan masa yang sama mencari ikhtiar lain meneruskan kelangsungan hidup.



IKRAR BANTU mengalu-alukan bantuan seikhlas mungkin daripada tuan/puan. Tiada apa yang dapat kami balas kecuali kebaikan daripada Allah. Jazakallahu khairan kathira


Ganjaran membantu ibu tunggal dan orang miskin

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّاعِي عَلَى الْأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَوْ الْقَائِمِ اللَّيْلَ الصَّائِمِ النَّهَارَ

Dari Abu Hurairah ia berkata; Nabi SAW bersabda: "Orang yang memberi kecukupan kepada para janda dan orang-orang miskin (pahalanya) seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang qiamullail di malam hari atau yang berpuasa di siang harinya. (HR Bukhari No: 4934) Status: Sahih


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 01, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 31, 2022

Kempen Sumbangan Tamat