Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Nov 03, 2025
RM415 / 13.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
25 Penyumbang
44 Baki Hari
Di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ini terdapat seorang pelajar dari negeri Sabah. Beliau ialah Muhammad Ihtisyamul Bin Josep Marius yang berasal daripada pedalaman Tawau, Sabah. Beliau ialah salah seorang pelajar asnaf yang ditanggung pembelajarannya oleh sumbangan orang ramai. Beliau juga sangat bersungguh-sungguh dalam menghafal kalamullah.

Pihak kami membuka peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyokong perjuangan suci ini. Satu infaq anda mampu membina masa depan dengan menaja pengajian hafazan, menyediakan kelengkapan pembelajaran, kelas yang selesa, makanan harian dan kemudahan penginapan yang lebih baik buat mereka. Dengan sumbangan kalian juga, pihak maahad membantu bagi membiayai tampang kapal terbang untuk beliau pulang ke kampung pada waktu cuti yang panjang.

Bayangkan pahala yang mengalir setiap kali lidah kecil ini membaca, menghafal dan mengajarkan ayat-ayat Allah. Selagi mereka meneruskan hafazan, selagi itu pahala sumbangan dan infaq anda tidak pernah putus. Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik kamu adalah yang belajar dan mengajarkan Al-Quran.”

Mengapa Kempen Ini Penting?
1. Membantu anak-anak miskin pedalaman mengejar ilmu Quran
2. Menyediakan peluang pendidikan yang lebih teratur dan selesa
3. Menjadi sebab lahirnya pendakwah masa depan yang membawa cahaya Islam

Ayuh bersama kami! Tidak kira RM10, RM50 atau lebih, setiap ringgit adalah cahaya harapan. Setiap sen adalah ilmu yang mengalir. Setiap sumbangan adalah bukti bahawa umat Islam itu satu keluarga. Marilah kita bangunkan pejuang Al-Quran dari pedalaman Sabah. Moga Allah mengangkat setiap penyumbang dengan darjat para pencinta Al-Quran.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 11, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 10, 2025