MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 15, 2025

INFAQ PENDAWAIAN ELEKTRIK ASRAMA ANAK TAHFIZ

RM385 / 12.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

12 Penyumbang

13 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Terangi ilmu, sinarilah asrama dalam Infaq Pendawaian Elektrik Asrama Tahfiz demi meraih reda Allah SWT.


Segala puji bagi Allah SWT yang terus memberikan nikmat iman, Islam dan kesempatan untuk berbuat kebaikan. Dalam usaha melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang bakal menjadi penerus risalah Islam, institusi tahfiz memainkan peranan yang amat penting dalam membina insan yang berakhlak mulia dan berpaksikan Al-Quran.



Namun, di sebalik semangat anak-anak tahfiz menuntut ilmu, masih ada kekurangan yang perlu diberi perhatian khususnya berkaitan kemudahan asas seperti pendawaian elektrik di bilik-bilik asrama pelajar. Pada ketika ini, kerja-kerja pengubahsuaian bilik asrama sedang dijalankan .Ia membabitkan kerja memotong dinding besi asrama dan menggantikannya dengan dinding batu bata yang lebih kukuh dan mematuhi piawaian daripada Jabatan Bomba Malaysia. Jadi, segala pemasangan litar elektrik yang baru akan dijalankan sesudah dinding bata siap dipasang.



Atas dasar tanggungjawab, pihak maahad mengambil inisiatif melancarkan Kempen Infaq Pendawaian Elektrik Asrama Tahfiz. Kempen ini bertujuan untuk:


1. Membaik pulih dan menaik taraf sistem pendawaian elektrik apabila berlaku ubah suai dinding asrama

2. Membiayai bayaran upah pekerja yang membantu dalam pendawaian ini

3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat untuk anak-anak tahfiz.



Melalui infaq ini, anda bukan sahaja membantu menyediakan kemudahan yang selamat untuk para pelajar, bahkan turut menjadi penyumbang kepada penyebaran ilmu Al-Quran. Setiap huruf Al-Quran yang dibaca, dihafaz, dan diajarkan oleh mereka akan mengalirkan pahala kepada anda sebagai pewakaf dan penyumbang.



Bermula RM 10, ayuh bersama kami menyinari kehidupan anak-anak tahfiz!


Infaq anda hari ini bukan sekadar membiayai kos pendawaian elektrik, tetapi turut menyalakan nur ilmu dan cahaya Al-Quran dalam jiwa generasi pewaris ummah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 22, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 22, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 19, 2025