MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 31, 2023

BANTU INFAQ TANGKI AIR BERSIH TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM

RM2,375 / 23.75 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

149 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MUDAHKAN URUSAN MEREKA MENUNTUT ILMU DAN BERIBADAH DENGAN BANTU INFAQ TANGKI AIR BERSIH. RAIH KEAMPUNAN ALLAH MELALUI AMAL SEDEKAH JARIYAH.


Manusia adalah makhluk Allah yang lemah dan tidak dapat lari daripada melakukan dosa dan kesalahan ketika hidup di dunia. Namun, Allah SWT dengan sifat Maha Kasih-Nya yang luas telah menyediakan banyak jalan dan cara untuk memperoleh ampunan-Nya. Salah satu jalan yang boleh dilakukan untuk mendapat ampunan itu adalah dengan melakukan sedekah. Sedekah juga dapat memadamkan murka Allah SWT.


“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api.” (HR Tirmizi)



Orang yang banyak bersedekah maka ia seperti air yang memadamkan api. Dosa-dosa kita dihapuskan dengan pahala kebaikan yang berlimpah daripada amalan sedekah. Dengan sedekah, Allah SWT akan menghapus dosa-dosa hamba-Nya. Oleh sebab itu, jangan pernah ragu dan menolak untuk bersedekah. Kita juga tidak pernah tahu, berapa besar dosa-dosa yang kita miliki. Untuk itu sedekah wajar menjadi salah satu amalan yang harus istiqomah kita lakukan dalam kehidupan seharian.


Sehubungan itu, bagi menyuburkan amalan sedekah yang sangat dianjurkan dalam Islam pihak maahad dengan sukacitanya membuka peluang infaq tangki air bersih kepada muslimin muslimat buat kemudahan para pelajar tahfiz di sini. Sejak sekian lama pihak maahad sering mengalami masalah gangguan bekalan air dan juga tekanan air yang rendah. Keadaan ini sangat menyukarkan kegiatan harian para pelajar untuk belajar Al-Quran dan juga beribadah.



Bagi mengatasi masalah tersebut pihak maahad memerlukan beberapa tangki air yang besar untuk menyimpan air yang bersih. Saiz tangki air yang besar dan kedudukan tangki yang tinggi amat penting untuk menghasilkan daya graviti agar pengaliran air dapat berfungsi dengan lancar serta dapat mengelakkan berlakunya tekanan air yang rendah.



Pihak maahad berharap dengan kehadiran tangki air itu nanti dapat menampung pengunaan air bersih harian puluhan pelajar dan juga warga maahad. Anggaran kos untuk pembelian tangka air tersebut ialah RM10000. Bergabunglah bersama pihak maahad bagi menyediakan fasiliti terbaik di maahad untuk kemudahan anak-anak tahfiz ini bersuci, berwudhuk, membasuh pakaian dan lain-lain lagi.



Umum mengetahui bahawa air merupakan keperluan asas yang sangat penting untuk semua kehidupan. Dengan kehadiran air yang Allah ciptakan telah banyak memudahkan urusan seharian kita untuk terus mengabdikan diri kepada Allah. Mari berkongsi kesyukuran atas nikmat air yang Allah anugerahkan dengan bantu menyediakan sarana tangki air bersih kepada golongan para penghafaz Al-Quran ini.



Akhir kata pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas kebaikan dan kemurahan hati para penderma atas sumbangan infaq tangka air bersih di maahad. Dengan kewujudan tangki air bersih itu nanti akan memberi kebahagiaan buat para pelajar bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka serta bersemangat untuk menimba ilmu agama. Semoga harta yang kalian infaqkan menjadi saham akhirat yang tidak terputus dan juga cara untuk meraih keredhaan Allah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Feb 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 01, 2023

Kempen Sumbangan Tamat