Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jul 30, 2025
RM590 / 19.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
29 Penyumbang
44 Baki Hari
Sesungguhnya Allah SWT lah yang mengurus setiap daripada keadaan makhluk-Nya di muka bumi ini. Satu orang itu sama ada sihat, sakit, kaya, miskin, bahagia dan deria semuanya berada pada ketentuan-Nya. Sebagai seorang mukmin kita mestilah menyakini apa sahaja yang menimpa kita samaada perkara itu manfaat atau mudarat kepada kita sekalipun, ia merupakan ketentuan Allah SWT. Dan pasti ada hikmahnya yang tersembunyi yang pada mata zahir kita buruk tetapi pada hakikat sebenarnya ia merupakan satu bentuk kebaikan bagi kita.

Ada kalanya para pelajar di sini diuji oleh Allah SWT dengan sakit sama ada sakit yang berpanjangan dan sekejap. Justeru itu, pihak maahad bertanggungjawab menyediakan bantuan rawatan yang seadanya kepada anak-anak tahfiz yang menuntut agama di sini. Memandangkan pelajar-pelajar di sini kebanyakannya terdiri daripada anak yatim dan asnaf. Pihak kami berusaha serta menampung kos perubatan anak-anak di sini hasil daripada sumbangan orang ramai.

Sumbangan kalian dalam bentuk wang ini mampu membolehkan kami menyediakan dan mendapatkan rawatan dan ubatan di farmasi atau klinik berdekatan. Pada 29 Julai semalam, pihak maahad mendapatkan rawatan kepada adik Tibyan yang merupakan salah seorang pelajar Thailand yang mengalami terlekat tulang ikan. Alhamdulillah selepas menerima rawatan pelajar ini sembuh dengan izin-Nya.

Marilah kita mengambil peluang ini mengejar pahala akhirat disamping membantu kebajikan anak-anak tahfiz, yatim dan asnaf melalui kempen infaq ini. Semoga infaq kalian ini bakal menjadi satu jalan buat kita mengejar reda Allah SWT. Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM75.00
Aug 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 01, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Aug 01, 2025